8 Khasiat Daun Sup Untuk Kesihatan

Khasiat Daun sup | Daun sup atau saderi sememangnya sangat sedap jika digunakan untuk penyedap rasa masakan. Bukan sahaja untuk masakan, tetapi daun sup ini mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan kita.

Berikut saya kongsikan kepada anda beberapa kebaikan daun sup yang boleh kita perolehi jika kita ambil daun sup untuk sebahagian daripada pemakanan harian kita.

Senarai Kandungan [Show]

Khasiat Daun Sup

Khasiat Daun Sup

1. Daun Sup Boleh Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi

Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Baca juga: 5 Jenis Buah Untuk Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

2. Daun Sup Dapat Mengubati Keracunan Yang Berpunca Daripada Jangkitan Bakteria

Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam daun sup memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.

3. Daun Sup Dapat Merendahkan Kadar Kolestrol

Daun sup kaya dengan kandungan zat besi, fosforus, natrium, kalium, vitamin A, B-Kompleks, C dan magnesium.

Bagi anda yang mempunyai masalah kolestrol, amalkan pemakanan yang mengandungi daun sup. Ini kerana dengan khasiat yang ada dalam daun sup ini dikatakan mampu menurunkan kadar kolestrol dalam badan.

Baca juga: Khasiat Buah Bambangan

4. Daun Sup Boleh Merawat Batuk

Jika anda sakit tekak dan sering batuk, anda boleh mengamalkan minum air rebusan daun sup. Cara penyediaannya adalah rebus daun sup bersama batang dan akarnya sekali.

Kemudian, tapis dan campurkan air yang telah ditapis itu dengan madu. Kini ia sedia untuk diminum. Amalkan sebanyak dua kali sehari. Ia mampu merawat batuk anda.

5. Daun Sup Dapat Meningkatkan Imunisasi Badan

Amalkan makan daun sup juga mampu meningkatkan sistem imunisasi badan anda. Caranya amalkan pemakanan daun sup secara mentah iaitu sebagai ulam ulaman.

Ini kerana dalam 100 gram daun sup mempunyai nilai kalori tenaga sebanyak 18 kalori. Di samping, kandungan vitamin C yang terkandung dalam daun sup juga mampu menguat dan meningkatkan sistem imunisasi badan.

6. Daun Sup Dapat Melancarkan Sistem Perkumuhan

Bukan sahaja daun sup ini mempunyai banyak khasiat, malah biji benihnya turut boleh digunakan untuk melancarkan sistem perkumuhan.

Biji benih daun sup ini jika diamalkan ia mampu meningkatkan pengeluaran air kencing yang membantu menyingkirkan toksik dalam badan. Selain ia juga membantu dalam melawaskan pembuangan air besar.

7. Membantu Untuk Menurunkan Berat Badan

Kandungan kalori dalam daun sup sangat rendah, itulah kenapa kegunaan daun daun sup ini sesuai diambil sebagai sumber makanan penurun berat badan.

Baca juga: 18 Cara Kuruskan Badan Paling Cepat dan Berkesan

8. Daun Sup Mampu Mencegah Penyakit Kanser

Daun sup adalah salah satu jenis sayuran yang mampu menjaga tubuh dari penyakit kanser.

Kandungan polyacetylenes dalam daun sup biasa digunakan sebagai campuran ubat chemoprotective atau ubat pencegah kesan sampingan kemoterapi.

Polyacetylenes diketahui mampu membasmi racun dan mencegah pembentukan sel kanser terutama kanser usus, kanser payudara dan leukimia.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel