7 Maksud Mimpi Mengandung
2023-02-04T15:20:48Z
Maksud Mimpi Mengandung | Setiap orang pasti pernah mengalami mimpi yang pelik-pelik. Salah satu mimpi yang pelik ialah seperti mimpi mengandung.
Senarai Kandungan [Show]

Ya, mesti anda terfikir dan tertanya-tanya apa maksud disebalik mimpi tersebut. Berikut adalah beberapa tafsiran atau maksud mimpi mengandung.
Maksud Mimpi Mengandung
1. Mimpi Mengandung Anak Kembar
Mimpi mengandung anak kembar merupakan satu petanda yang baik. Ada sumber menyatakan bahawa anda akan menerima keuntungan yang berlipat ganda jika anda bermimpi mengandung anak kembar.
2. Mimpi Mengandung Anak Boyfriend
Walaupun ianya tak berapa nyata, tetapi menurut beberapa sumber yang saya perolehi, mimpi seperti ini membawa petanda buruk bahawa ada seseorang yang berniat buruk terhadap anda.
3. Mimpi Mengandung Tetapi Belum Nikah
Menurut kepercayaan nenek moyang, makna mimpi untuk hamil walaupun anda belum berkahwin mempunyai makna buruk.
Sekiranya anda mempunyai mimpi ini, ini bermaksud bahawa anda harus menghadapi dugaan dalam waktu dekat dan memerlukan perjuangan dan pengorbanan yang keras untuk menghadapinya.
Baca juga: Maksud Mimpi Gigi Tercabut
4. Mimpi Mengandung Dengan Perut Besar
Mimpi yang ini membawa petanda yang baik. Maknanya anda akan mengalami nasib yang baik kerana anda akan mendapat sesuatu yang telah lama anda idamkan.
5. Mimpi Kawan Mengandung
Makna melihat rakan atau orang lain hamil dalam mimpi ialah anda akan mendapat nasib baik dalam masa terdekat.
Nasib yang anda dapat boleh datang dalam apa jua bentuk, boleh jadi perkara kecil yang anda tidak sedar.
6. Mimpi Mengandung Lagi
Sekiranya anda sudah mempunyai anak, mimpi mengandung lagi adalah petanda baik bagi anda.
Menurut penafsir mimpi, mimpi ini adalah petanda baik untuk perniagaan yang anda jalankan.
Dengan usaha yang gigih, perniagaan anda akan maju dan mendapat keuntungan besar.
7. Mimpi Keguguran
Sekiranya anda bermimpi bahawa anda hamil dan mengalami keguguran, ini bermakna rancangan yang anda jalankan tidak akan berjalan sesuai dengan jangkaan anda.
Mimpi seperti ini biasanya menunjukkan bahawa anda harus mengubah perjalanan hidup semasa.
Sekiranya impian ini dirasakan oleh wanita hamil, ini menunjukkan kegelisahan dan ketakutan mengenai kehamilan mereka.
p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan sahaja dan bukan kepercayaan 100%. Terpulang kepada anda untuk mempercayaainya.