Paling Kaya di Dunia, Hanya Jeff Bezos Yang Memiliki 8 Barang Mewah Ini

Paling Kaya di Dunia, Hanya Jeff Bezos Yang Memiliki 8 Barang Mewah Ini

Menjadi orang terkaya di dunia membolehkan bos Amazon iaitu Jeff Bezos memiliki apa sahaja yang dia mahukan. Rumah mewah, jet peribadi, hingga pangsapuri di pusat bandar boleh dibeli dengan mudah.

Berikut saya kongsikan kepada anda 8 barang mewah yang hanya dimiliki oleh Jeff Bezos.

1. Memiliki Rumah Yang Dahulunya Adalah Muzium


Beberapa tahun lalu, Jeff Bezos membeli sebuah rumah yang pernah menjadi muzium tekstil di Washington, Amerika Syarikat. Pada tahun 2016, dia membeli rumah itu dengan harga USD 23 juta atau sekitar RM95 juta.

Rumah ini sedang diubahsuai dan apabila siap, akan ada 11 bilik tidur, 25 bilik mandi, lima ruang tamu dan dua lif di dalamnya.

2. Jet Peribadi


Jeff Bezos memiliki jet peribadi iaitu Gulfstream G-650ER. Pesawat ini berada dalam senarai jet peribadi terpantas di dunia. Jet peribadi ini berharga USD 65 juta atau setara dengan RM270 juta.

3. Jam Yang Boleh Berfungsi Hingga 10 Ribu Tahun


Jeff Bezos memiliki jam seperti itu dan kini sedang dalam pembinaan di Texas, Amerika Syarikat. Bezos membelanjakan USD 42 juta atau setara dengan RM175 juta.

4. Apartment Super Mewah Di New York


Jeff Bezos juga memiliki aparment seluas 10.000 kaki di New York, yang setara dengan tiga apartment biasa yang digabungkan. Apartment tersebut bernilai USD 17 juta atau sekitar RM70 juta.

5. Pemilik Media Akhbar Berusia 141 Tahun


Selain memiliki Amazon dan Blue Origin, Bezos juga mengendalikan media The Washington Post. Salah satu media tertua di dunia, kini berusia 141 tahun.

Bezos membeli syarikat akhbar terkenal ini di Amerika Syarikat pada tahun 2013 dengan harga USD 230 juta atau setara dengan RM958 juta.

6. Kilang Roket Blue Origins


Salah satu projek besar dan cita-cita tinggi Bezos adalah syarikat roket Blue Origin. Bezos membiayai syarikat ini untuk membolehkan penduduk Bumi menjelajah bulan dengan kos yang "berpatutan".

7. Robot Anjing


Pada tahun 2018, Jeff Bezos menyiarkan gambar dirinya berjalan dengan anjing robot. Menurut laporan anjing tersebut diberi nama Spot Mini dan diperhalusi oleh syarikat robot Boston Dynamic.

8. Rumah Di Hollywood


Bezos juga memiliki rumah besar di Baverly Hills California. Menurut laporan Business Insider, rumah itu mempunyai tujuh bilik tidur dan tujuh bilik mandi.

Tidak ketinggalan, rumah besar ini mempunyai rumah hijau, gelanggang tenis, kolam renang besar, empat air pancut, dan garaj enam kereta.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel