Resepi Kek Marble Paling Mudah dan Sedap

Salam sejahtera semua, mesti ramai yang sedang cari resepi kek marble kan?

So, dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda cara untuk buat kek marble yang paling sedap.

Resepi Kek Marble bajet Cuma Guna 5 Bahan

Resepi Kek Marble bajet Cuma Guna 5 Bahan

Bahan-Bahan

  • 1 1/2 cawan marjerin
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 4 biji telur saiz B
  • 2 cawan tepung naik sendiri / tepung gandum + 1 sudu baking powder
  • 3 sudu serbuk koko/ milo

Cara-Cara

  1. Satukan marjerin & susu.
  2. Sebati je, masukkan telur.
  3. Paling mudah, blend sahaja
  4. Masukkan tepung.
  5. Bahagi 2 adunan. Satu campur dengan serbuk koko/milo.
  6. Tuang selang seli dalam loyang.
  7. Ciknaa pakai loyang saiz 8.
  8. Kalau saiz 7 lagi tinggi kek ni.
  9. Bakar suhu 180/40minit ikut oven korang.

P/S: Guna marjerin pelangi. Nak sedap lagi guna la butter. Pastu vico. Tepung gandum & baking powder. Nak add on esen vanilla dialu2kan.

Resepi Kek Marble Butter + Minyak Jagung

Resepi Kek Marble Butter + Minyak Jagung

Bahan-Bahan

  • 150 gm butter
  • 120 gm gula castor 
  • 100 gm minyak jagung 
  • 250 gm tepung naik sendiri (diayak)
  • 1/2 cup susu pekat manis
  • 4 biji telur gred A atau 5 biji telor gred B
  • 1 sudu makan (membukit) ovallette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu makan chocolate emulco (atau 1 sudu makan serbuk koko)

Cara-Cara

  1. Pukul butter dan gula castor hingga   kembang dan berwarna putih.
  2. Masukkan minyak jagung dan putar.
  3. Masukkan telur satu persatu dan putar.
  4. Masukkan susu pekat manis & ovallette dan putar.
  5. Masukkan esen vanilla dan putar.
  6. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan putar hingga rata.
  7. Bahagikan adunan kepada dua (2) bahagian.
  8. Yang sebahagian digaulkan dengan chocolate emulco. Manakala yang sebahagian lagi dibiarkan dengan warna asal. Boleh juga letak lain-lain pewarna ikut kegemaran masing-masing.
  9. Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 160 darjah.
  10. Dua biji Loyang ukuran 7”x 7” dipanaskan di dalam oven selama 5 minit. Keluarkan loyang dan sapukan butter kemudian alaskan dengan baking paper dan sapukan juga dengan butter.
  11. Tuangkan adunan warna asal dan warna chocolate ke dalam loyang secara berselang seli hinggalah adunan habis. Setiap adunan sebanyak 3 sudu dan akhir sekali sebanyak 2 sudu.
  12. Bakar adunan dengan api atas dan bawah pada suhu 160 darjah selama 50 minit / hingga masak.

Nota : suhu bergantung pada oven masing-masing.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel