Resepi Telur Goreng Masak Sos

Salam sejahtera semua. Ini saya kongsikan kepada anda satu resepi yang ramai orang cari iaitu resepi telur goreng masak sos.

Resepi Telur Goreng Masak Sos

telur masak sos

Bahan-Bahan

  • Telur ayam ikut suka nak berapa biji (digoreng menjadi telur mata)
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 ulas bawang putih dipotong nipis
  • 1 biji cili besar dipotong serong2
  • 5 biji cili siam dibelah dua
  • Sos cili agak2 je
  • Sedikit garam
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak

Cara masak

  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan bawang besar + bawang putih + cili.
  3. Goreng sampai warna kekuning-kuningan.
  4. Masukkan sos cili dan sedikit air.
  5. Masukkan sedikit garam. Kalau nk buh serbuk perasa (pak aji) pun boleh.
  6. Masukkan telur mata kerbau yang dah digoreng tadi dan teruskan kacau. Biarkan lama sedikit supaya kuah dapat menyerap ke dalam telur. Siap!!
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel