10 Maksud Disebalik Kedudukan Tahi Lalat

Menurut The List, berikut erti dari tahi lalat di anggota badan kita:
1. Tahi Lalat Di Lengan Bererti Kamu Pekerja Keras
Menurut World of Feng Shui, tahi lalat di lengan boleh bererti bahawa kamu harus bekerja sangat keras dalam segala yang kamu lakukan dan masih mungkin tidak mendapatkan pengakuan untuk itu. Selain itu, menurut The Encyclopedia of Superstitions, tahi lalat di lengan membawa maksud kamu seseorang yang berhati-hati.
2. Tahi Lalat Di Punggung Bererti Nasib Buruk
Tahi lalat di punggung adalah hal yang umum, tapi boleh jadi berbeza ertinya menurut astrologi Cina kuno. World of Feng Shui menganggap tahi lalat di punggung bererti tak memiliki nasib baik, sering dikhianati, atau tak benar-benar ingin bekerja keras.
Manakala menurut The Encyclopedia of Superstitions, tahi lalat di punggung bererti orang tersebut akan menghadapi banyak rintangan dan kemunduran.
3. Tahi Lalat Di Dada Pertanda Nasib Baik
World of Feng Shui mengklaim tahi lalat di dada atau payudara bererti kamu orang yang bercita-cita tinggi, dermawan, atau akan memiliki anak yang luar biasa.
4. Tahi Lalat Di Leher Pertanda Kamu Perlu Berehat
Jika kamu melihat cermin dan menemukan tahi lalat di leher, jangan khuatir. Menurut World of Feng Shui, tahi lalat yang ditemukan di pangkal lehermu kadang-kadang dapat menunjukkan umur yang pendek dengan kemungkinan menjadi sangat stress. Tentu saja, itu tidak bererti bahawa hidup singkat. Tapi mungkin itu peringatan bahawa kamu perlu lebih santai.
5. Tahi Lalat Di Kening Pertanda Kamu Orang Yang Bijaksana
Menurut astrologi China, tahi lalat di dahi merujuk pada kemakmuran. Secara khusus, tahi lalat tepat di tengah-tengah dahi bererti kebijaksan.
Tahi lalat di sisi kanan menandakan bahawa kamu adalah pasangan yang hebat. Sementara di sisi kiri menandakan nasib buruk. Selain itu, dalam buku Dreaming The Future: The Fantastic Story of Prediction, tahi lalat di dahi menandakan orang yang aktif dan giat.
6. Tahi Lalat Di Bibir Bererti Orang Yang Ingin Maju
Tahi lalat di bibir menurut astrologi bererti kamu orang yang ingin mencapai banyak hal dalam hidup. Sementara dalam Cosmopolitan, jika tahi lalat berada di sudut bibir atas, itu bererti kamu orang yang suka menikmati hal-hal yang lebih baik dalam hidup.
7. Tahi Lalat Di Pipi Pertanda Keberanian
Astrologi Cina menyatakan bahawa tahi lalat di pipi bererti orang yang berani, tulus, dan rajin. Tahi lalat di pipi kanan menunjukkan orang tersebut sensitif dan peduli. Sementara di bahagian kiri pertanda introvert dan arogan.
8. Tahi Lalat Di Dagu Pertanda Orang Yang Suka Ambil Peduli atau Caring
Tahi lalat di dagu menunjukkan orang itu penuh kasih sayang dan caring. Selain itu, juga bererti kemampuan beradaptasi yang baik, orang yang bertekad, dan keras kepala. Jika berada di bahagian kanan, ini menunjukkan pemikiran logik dan diplomatik. Sementara di dagu kiri mewakili peribadi yang jujur.
9. Tahi Lalat di Kaki
Untuk lelaki, tahi lalat di kaki bahagian bawah menunjukan kesusahan dan penderitaan. Manakala untuk wanita, bererti kamu seorang yang sedikit kurang berperasaan.
10. Tahi Lalat Di Bahu
World of Feng Shui menjelaskan bahawa tahi lalat di bahu untuk wanita bererti akan menanggung beban berat dalam hidup, termasuk harus menelan banyak penghinaan dalam hidup. Sementara itu bagi lelaki bererti popular dan efisien.
0 Response to "10 Maksud Disebalik Kedudukan Tahi Lalat"
Post a Comment