7 Fakta Menarik Individu Yang Lahir Pada Bulan November
Fakta Menarik Orang Yang Lahir Pada Bulan November - Adakah anda salah seorang yang hari lahir pada bulan November? Sekiranya demikian, maka anda adalah antara orang yang bertuah. Ya, sebilangan fakta mengatakan, mereka yang dilahirkan bulan ini mempunyai kualiti terbaik yang tidak dimiliki oleh kebanyakan orang lain.
Berikut saya kongsikan kepada anda beberapa fakta menarik tentang orang-orang yang lahir di bulan November.

1. Sahabat Yang Baik
Penyelidikan menunjukkan bahawa orang yang dilahirkan pada bulan November adalah kawan baik dan mempunyai persahabatan jangka panjang dengan banyak orang.
2. Cenderung Lebih Kidal
Menurut penyelidikan, orang yang dilahirkan pada bulan November, terutama lelaki, cenderung lebih kidal. Menjadi kidal agak jarang, jadi cukup menarik. Kajian mendapati bahawa ini mungkin disebabkan oleh tahap testosteron yang tinggi, yang dapat menunda perkembangan hemisfera kiri pada janin.
3. Mempunyai Risiko Yang Lebih Rendah Untuk Masalah Jantung, Barah Paru-Paru, dan Multiple Sclerosis
Kajian dan penyelidikan menunjukkan bahawa orang yang dilahirkan pada bulan November mempunyai risiko penyakit ini yang lebih rendah.
4. Mempunyai Keperibadian Yang Menarik
Sebab lain orang yang dilahirkan pada bulan November berkawan baik dan persahabatan jangka panjang adalah kerana memiliki keperibadian menarik bagi orang lain.
5. Tahap Kemurungan Yang Rendah
Orang yang dilahirkan pada bulan November mempunyai kadar kemurungan klinikal terendah. Menarik, kerana ramai orang mula mengalami kemurungan bermusim sekitar tahun ini.
6. Cenderung Bersukan
Berdasarkan gen dan faktor lain termasuk kadar vitamin D pada waktu kehamilan, anak yang lahir pada bulan November mempunyai fizikal yang kuat, justeru berkemungkinan terlibat dalam sukan, aktiviti fizikal atau lasak.
7. Menjadi Selebriti Atau Seseorang Yang Dekat Dengan Selebriti
Tahukah anda, Scarlett Johansson, Leonardo DiCaprio, Ryan Gosling, Emma Stone, Josh Duhamel, Matthew McConaughey, Aiswarya Rai, Shah Rukh Khan, Kamal Hassan, Bruce Lee, Yuna, Diana Danielle lahir pada bulan November? Mereka yang lahir bulan ini, bolehlah ‘try luck’!
menunggu untuk bulan jan nanti
ReplyDelete