Pengenalan - Apa Itu Forex?

Semakin ramai yang berminat untuk jadi trader forex apabila melihat kejayaan orang dalam bidang ini.

Ya, siapa tidak mahu duit kan?

Tapi bukan mudah untuk dapat duit tu kalau kurang ilmu. Perlu pembelajaran untuk berjaya dalam bidang ni.

Jadi, dalam artikel kita belajar dahulu untuk mengenali apa itu forex.


Apa Itu Forex?

Secara ringkasnya, Forex adalah foreign exchange atau dalam bahasa melayu “Pertukaran asing” atau “Pertukaran Mata Wang”.

Apa pula forex trading?

Forex trading adalah “aktiviti perniagaan” tukar beli mata wang. Maksudnya kita “berdagang” mata wang, untuk tujuan mendapatkan keuntungan.

Situasinya mudah faham. Katakan anda ke money changer, hari ini anda pergi tukar harga adalah RM4.40 untuk USD1.00, anda perlukan RM440 untuk tukar dengan USD100. Dan katakan bulan hadapan nilai USD semakin mahal, iaitu USD1.00 bersamaan dengan RM4.60. Jadi di sini jika anda pergi tukar USD100 anda, anda akan untung kerana anda akan menerima RM460 dari money changer tersebut. RM20 keuntungan tersebut.

Tetapi dalam zaman serba pantas ini, semua aktiviti dilakukan secara atas talian sahaja. Ada platform trading, di mana anda boleh lihat harga naik dan turun mata wang. Caranya, perlu masukkan duit sebagai modal. Ada button  “BUY” dan “SELL”. Jadi gunakan modal anda itu untuk masuk dan keluar dari pasaran berdasarkan analisa untuk jana keuntungan.

Forex trading ini dikendalikan secara atas talian. Anda hanya perlukan telefon dan talian internet untuk trade forex. Pasaran forex ini buka 5 hari seminggu pada pukul 5 pagi hari Sabtu. Jadi di sini anda mempunyai kebebasan untuk anda trade forex bila-bila masa sahaja yang anda rasakan sesuai.

Apa Yang Diperlukan Untuk Mula Trade Forex?

1. PC/Laptop atau Smartphone

Pada masa kini, kita boleh trade atau berdagang secara langsung dengan PC / laptop atau smartphone dengan mudah. Platform elektronik Forex Malaysia yang popular seperti Meta Trader 4 (MT4) boleh digunakan di PC dan juga smartphone.

2. Modal untuk trading

Broker pada masa ini tidak memerlukan deposit yang besar dari pelanggan sebelum mereka mula trading. Deposit minimum mungkin bermula dari serendah $ 10USD dan ada yang mempunyai bonus tanpa deposit. Walau bagaimanapun, disarankan untuk mempunyai sekurang-kurangnya $100 USD sebagai modal permulaan anda, sebab ini akan menyediakan anda semasa menghadapi kerugian.

Tapi untuk kita yang baru start dengan dunia forex, saya sarankan untuk belajar trade menggunakan akaun demo dahulu.

Anda boleh buka akaun demo di salah satu broker terbaik dan dipercaya di Malaysia iaitu HotForex. Anda boleh daftar disini

3. Ilmu forex trading

Sebelum anda memulakan perdagangan, ingatlah untuk membiasakan diri dengan istilah yang biasa digunakan dalam perdagangan forex. Peristilahan seperti leverage, spread bid / ask, chart, analisis fundamental dan teknikal adalah perkara biasa tetapi penting untuk dipelajari sebelum melabur. Ingatlah untuk memperoleh ilmu forex secara perlahan sebab fundamental semasa trading amat penting.

Boleh lah buka akaun demo dahulu di HotForex sambil belajar dan sambil trade demo.


Semoga artikel ini bermanfaat, sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel