7 Petanda Orang Sedang Menipu Yang Perlu Anda Tahu

Dalamnya laut dapat diukur, dalamnya hati siapa yang tahu. Peribahasa tersebut dapat digunakan untuk menggambarkan manusia yang dianggap susah difahami kerana mungkin lain di mulut, lain di hati.

Mungkin sukar untuk mengetahui apakah seseorang berbohong atau tidak. Oleh itu, mari kita ketahui ciri-ciri orang berbohong melalui penjelasan berikut ini.

Petanda Orang Sedang Menipu



1. Posisi Tubuh Menutup Diri

Orang yang sedang berbohong dapat dilihat dari gerakan atau bahasa tubuhnya. Tubuh yang membongkok atau seperti melindungi tubuh adalah salah satu ciri orang yang sedang berbohong. Mereka cuba menutup tubuh secara tidak sedar.

2. Gerakan Tubuh yang Tidak Perlu

Pembohong biasanya banyak melakukan gerakan tubuh yang tidak perlu untuk menutupi kebohongannya.

Namun, ada juga orang yang berbohong dan terlihat tenang selama percakapan.

Hal ini dilakukan untuk membuat Anda yakin dengan apa yang disampaikannya.

Kemungkinan lainnya, penipu selalu melakukan gerakan hati-hati agar Anda tidak curiga. Gerakan hat-hati tersebut, seperti memegang tangan, duduk diam, bercakap secara perlahan, dan menjaga agar gerakan wajah yang dilakukan tidak terlalu banyak.

3. Mengelak Eye Contact

Penipu cuba mengelak daripada bertatap mata dengan lawan cakapnya. Sebab, orang yang berbohong tidak percaya diri dengan apa yang sedang diucapkannya.

4. Mengulang Pertanyaan

Orang yang sedang berbohong akan mengulangi pertanyaan yang ditanyakan kepadanya sebelum menjawabnya. Hal ini dilakukan dengan tujuan melengahkan masa sehingga dia boleh memikirkan jawapan yang akan disampaikannya.

5. Menukar Topik Cerita

Ciri-ciri orang menipu ialah selalu untuk menukar topik percakapan yang sedang berlangsung. Mereka cuba mengisi percakapan dengan isi yang tidak jelas dan mengurangkan topik yang sedang dibahas untuk mengelak fakta sebenarnya.

6. Tidak Yakin

Penipu yang sedang bercerita boleh dilihat tidak yakin dan rasa tidak selesa. Mungkin, mereka sedang berfikir untuk mengarang cerita.

7. Tidak Dapat Menerangkan Dengan Lebih Jelas

Apabila diminta untuk menceritakan dengan lebih jelas, penipu akan bercerita dengan isi yang sedikit.


Tanda-tanda di atas hanyalah sebahagian kecil dari ciri-ciri orang yang sedang menipu. Namun, tidak semua orang yang berbohong pasti memiliki ciri-ciri seperti di atas.

1 Response

  1. Usah amalkan ini ya..tak baik untuk lelaki..lelaki kena berani berterus trerang..inshaAllah

    ReplyDelete
Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel