Cara Meningkatkan Follower Instagram Dengan Cepat 2021

Cara dapat 10k Followers Instagram, Link penambah followers IG, 1k Followers Instagram free malaysia, Followers aktif Instagram, Cara menaikkan like di Instagram, Aplikasi penambah Followers

Mesti ramai yang mahu tahu bagaimana untuk naikkan follower Instagram. Mungkin disebabkan teringin untuk memiliki ramai follower supaya dikenali ataupun untuk memajukan bisnes atau perniagaan melalui media sosial Instagram.

Oleh itu, dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda semua bagaimana cara yang paling mudah untuk menaikkan follower Instagram dengan cepat.

1. Jangan Privatekan Akaun Instagram

Pertama sekali, benda ini paling wajib kalau mahu naikkan follower Instagram. Jangan private Instagram anda. Sekiranya anda privatekan akaun instagram anda, itu bermakna anda tidak mahu ramai orang untuk melihat apa yang anda post di Instagram.

Membiarkan akaun Instagram secara terbuka atau tidak private akan memudahkan konten yang kamu buat mendapat banyak like, komen dan berkemungkinan untuk masuk ke page explore, sehingga membuat banyak orang lain tertarik untuk follow akaun kamu.

2. Konten Yang Menarik Dan Berkualiti

"Content Is The King". Jika sebelum ini, anda sekadar upload konten di Instagram secara bersahaja tanpa memikirkan kualiti atau adakah konten anda itu menarik ataupun tidak, anda perlu memberikan fokus kepada posting yang lebih hebat.

Tidak ada orang yang berminat untuk follow akaun anda sekiranya kebanyakan post kurang menarik.

3. Caption Yang Menarik

Caption juga memainkan peranan yang paling penting untuk menaikkan follower instagram. Kenapa? Sebabnya, dengan caption yang menarik, tinggi kebarangkalian untuk orang bagi like dan komen pada post anda. Bila orang sudah bagi like dan komen, semakin ramai yang akan post anda ataupun berkemungkinan masuk explore.

4. Konsisten

Kalau anda jarang upload gambar atau video di akaun Instagram anda, macam mana follower mahu naik?

Jadi, kalau anda betul-betul mahu meningkatkan follower instagram, anda perlu konsisten supaya follower sentiasa nampak kewujudan anda. Kalau anda sudah lama tidak buat posting, sudah pasti follower akan menganggap anda tidak aktif dan unfollow akaun Instagram anda.

5. Post Pada Waktu Yang Tepat

Bila waktu yang tepat untuk buat post di Instagram? Anda boleh semak di bahagian insight Instagram untuk melihat waktu aktif follower anda.

Dari pengalaman saya sendiri, jam yang paling sesuai untuk buat post di Instagram ialah 6pm sehingga 10pm. Hal ini kerana, kebanyakan orang sudah berada di rumah dan pasti sedang menggunakan media sosial ketika itu dan paling utama, masa tersebut adalah hasil dari insight Instagram yang saya uruskan.

6. Rajin Berinteraksi Dengan Follower

Kerap aktif berinteraksi dengan follower boleh meningkatkan lagi engagement instagram anda.

Kalau ada komen pada post anda, balas lah. Supaya follower tidak menganggap anda sombong dan tidak unfollow. Bila anda rajin balas komen, automatik engagement akan naik dan post anda dilihat oleh lebih ramai orang.

7. Menggunakan Hashtag Yang Betul

Hashtag atau tanda pagar juga penting untuk anda mendapatkan follower baru. Ini kerana, bila anda guna hashtag, orang yang tidak follow anda pun boleh nampak post yang anda buat. Kalau mereka tertarik dengan konten anda, sudah pasti mereka akan follow.

8. Buat Video Reels

Reels di Instagram hampir seperti TikTok. Dari apa yang saya lihat, reels video di Instagram berpotensi tinggi untuk dilihat oleh ramai orang. Sama seperti fyp di TikTok, jika reels video anda itu menarik dan mendapat engagement yang bagus ketika anda baru sahaja membuat post tersebut, reels itu akan masuk explore ataupun istilah fyp di TikTok.

9. Rajin Buat Story

Story di Instagram juga boleh menaikkan follower Instagram.

Bagaimana story Instagram boleh menaikkan follower instagram?

Rajin upload story bermakna anda aktif di Instagram, jadi apabila anda buat post feed baru, engagement post anda akan cantik. Engagement yang bagus menyebabkan lebih ramai pengguna Instagram yang akan nampak apa yang anda post. Jadi, automatik semakin ramai yang akan follow anda.

10. Follow Dan Rajin Komen di Instagram Artis Atau Influencer Yang Ramai Follower

Bila anda follow akaun Instagram artis, pasti anda akan dapat follower baru. Ini betul-betul berlaku. Kalau tidak percaya anda boleh cuba sendiri, follow akaun Instagram artis yang ramai follower. Ini sama juga dengan memberikan komen di post mereka.

11. Kongsi Post Instagram Anda

Sekiranya anda mempunyai akaun media sosial yang lain seperti Facebook, TikTok atau lain-lain, anda boleh promosikan atau kongsikan apa yang anda post di Instagram.

12. Menggunakan Trick Follow-Unfollow

Yang ini, cara yang paling cepat untuk menaikkan follower Instagram dalam masa yang singkat.

Bagaimana cara yang betul untuk follow unfollow di Instagram?

Cari akaun Instagram yang mempunyai minat yang sama dengan anda. Sebagai contoh anda suka post video lawak, anda cari Instagram yang selalu post video lawak dan buka post mereka yang paling terbaru. Seterusnya, anda boleh follow siapa yang memberikan like pada post tersebut. Dijamin ramai yang akan followback.

Cuma untuk menggunakan trik ini, jangan terlebih untuk follow unfollow dalam satu-satu masa. Saya sarankan untuk anda follow 50 akaun Instagram sahaja dalam 1jam. Ini penting untuk mengelakkan anda disekat oleh pihak Instagram.


Kesimpulannya, masih banyak lagi cara atau trik yang boleh digunakan untuk menaikkan follower Instagram seperti menggunakan aplikasi penambah follower Instagram, membeli follower Instagram dan lain-lain lagi. Namun itu terpulang kepada anda untuk menggunakan cara yang mana.

Diharap perkongsian ini dapat memberikan jawapan kepada apa yang anda mahukan atau cari. Sekian.

0 Response to "Cara Meningkatkan Follower Instagram Dengan Cepat 2021"

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel