Cara Download Video Instagram Paling Cepat

Cara Download Video Instagram Paling Cepat - Instagram merupakan salah satu aplikasi media sosial yang paling popular di Malaysia. Menurut data yang dikeluarkan oleh Hootsuite (We are Social) pada Januari 2021, aplikasi Instagram menduduki tempat keempat media sosial paling banyak digunakan di Malaysia selepas Youtube, Whatsapp dan Facebook.

Instagram kerap mengemas kini aplikasinya. Sebagai contoh, terdapat ciri Instagram Reels yang dilancarkan pada Jun 2021 untuk menyaingi aplikasi Tiktok. Dilancarkan dari halaman Instagram rasmi, ciri ini menyediakan alat untuk membuat video pendek seperti TikTok.

Pengguna juga disediakan dengan pelbagai audio dan effect yang wujud dalam ciri-ciri ini. Semakin banyak video menarik yang diupload oleh para pengguna Instagram. Jika berminat, anda boleh melihat dan download video dari akaun Instagram mereka.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda beberapa cara untuk download video Instagram yang berkualiti.


Senarai Kandungan

Cara Download Video Instagram Tanpa Aplikasi

Cara Download Video Instagram

Berikut ialah lima cara untuk download video Instagram menggunakan laman web atau tanpa menggunakan aplikasi:

1. Igram.io

Pertama, anda boleh download video Instagram melalui laman web Igram.io. Caranya sangat mudah. Buka Instagram, kemudian pilih video yang ingin anda download. Copy link video tersebut, dan buka laman web Igram.io. Seterusnya, Paste link yang sudah dicopy tadi di dalam kotak yang disediakan dan klik Download.

Seterusnya, tunggu sehingga video yang anda ingin download muncul bersama dengan button "Download .Mp4" dan kemudian kliklah button itu untuk download.

2. Saveform.net

Download video Instagram tanpa aplikasi juga boleh dilakukan melalui laman web saveform.net. Untuk pengetahuan, selain video Instagram, laman web ini juga boleh membantu pengguna untuk download dari laman web lain. Cara download juga agak mudah dan sama dengan kaedah yang sebelum ini.
  • Buka aplikasi Instagram
  • Cari video yang ingin anda download kemudian copy link atau salin pautan video
  • Kemudian buka Savefrom.net melalui Google kemudian paste atau tampal link video yang anda copy tadi.
  • Klik "Download MP4" dan video akan dimuat turun

3. Instadownloader.co

Cara download video Instagram menggunakan laman web atau tanpa aplikasi yang ketiga ialah melalui Instadownloader.co. Berikut ialah cara untuk muat turun video Instagram tanpa aplikasi melalui Instadownloader:
  • Buka aplikasi Instagram dan copy link video yang anda mahu download
  • Buka Instadownloader.co, kemudian masukkan pautan atau link video yang anda mahu download
  • Klik Download
  • Tunggu sehingga proses muat turun selesai.

4. Downloadgram

Cara download video Instagram yang seterusnya ialah menggunakan laman web Downloadgram.org. Anda boleh terus melayari laman web downloadgram.org melalui telefon pintar, komputer atau laptop. Langkah-langkah untuk download video Instagram adalah seperti berikut:
  • Copy link video Instagram yang anda ingin download
  • Buka laman web https://downloadgram.org/
  • Tampal pautan video ke dalam kotak yang disediakan
  • Kemudian klik butang download dan anda boleh memuat turun video.

5. IGDownloader

Anda juga boleh melakukan cara kelima ini untuk download video Instagram tanpa perlu memasang sebarang aplikasi. Kali ini anda boleh terus melayari laman web https://igdownloader.com/ dan ikuti langkah di bawah untuk download dan menyimpan video daripada Instagram:
  • Copy link video Instagram yang anda mahu download
  • Seterusnya buka https://igdownloader.com/video-downloader
  • Paste link dan mula download

Cara Download Video Instagram Menggunakan Aplikasi

Berikut ialah 3 apps untuk download video Instagram yang anda boleh gunakan:

1. QuickSave For Instagram

Seramai kira-kira 10 juta pengguna telah install aplikasi ini. Aplikasi QuickSave For Instagram sangat mudah digunakan. Selain penampilannya yang mesra pengguna, aplikasi ini mempunyai saiz yang kecil iaitu hanya 5.6 MB. Untuk menggunakannya, QuickSave For Instagram perlu diinstall dahulu di smartpone anda. Selepas itu, anda hanya perlu menyalin pautan video dari Instagram dan gunakan aplikasi ini untuk download.

2. FastSave for Instagram

Cara kedeua untuk download video Instagram menggunakan apps ialah dengan menggunakan FastSave for Instagram. Sama seperti Aplikasi QuickSave For Instagram, untuk menggunakannya anda perlu install aplikasi ini terlebih dahulu. Berikut ialah langkah yang boleh anda ikuti untuk download video daripada Instagram:
  • Buka aplikasi FastSave. Di sini, aplikasi masih tidak aktif, jadi anda mesti mengaktifkannya terlebih dahulu dengan klik butang di sebelah FastSave Service.
  • Jika anda telah mengaktifkannya, ia akan ditandakan dengan warna biru.
  • Selepas itu, anda boleh terus ke aplikasi Instagram dan cari video yang ingin anda muat turun.
  • Seterusnya, salin pautan url pada video di Instagram dan video tersebut akan dimuat turun secara automatik.

3. Videolife

Sehingga kini, aplikasi Videolife telah dimuat turun sebanyak 10 juta kali. Untuk menggunakan aplikasi ini, anda perlu terlebih dahulu install aplikasi Videolife pada telefon anda. Kemudian pergi ke Instagram dan salin pautan atau copy link video yang ingin anda download. Selepas itu, buka semula aplikasi dan video akan disimpan secara automatik pada telefon anda.

4. Instake

Aplikasi ini juga cukup popular di kalangan orang ramai. Bagaimana cara untuk download video Instagram menggunakan aplikasi ini? Berikut ialah caranya:
  • Buka Instagram
  • Cari video untuk didownload
  • Kemudian Salin Pautan / Copy Link video tersebut
  • Seterusnya, buka apps Instake
  • Kemudian Paste Link
  • Selepas itu, klik Download
  • Selesai

Itulah beberapa cara untuk download video intsagram tanpa menggunakan aplikasi dan cara download menggunakan aplikasi di android atau iphone. Anda juga boleh gunakan cara ini untuk download gambar dan reels Instagram. Semoga bermanfaat.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel