Game Klasik Solitaire Yang Sentiasa Menjadi Pilihan Dari Dulu Hingga Sekarang

Game Klasik Solitaire

Walaupun bermain permainan yang boleh dimain dengan rakan adalah menyeronokkan, ada kalanya kita perlu main game yang boleh dimaikan bersendirian.

Banyak permainan yang kita boleh mainkan sendiri, dan salah satu game yang pasti sangat menarik untuk dimainkan ialah Solitaire.

Tahu tak apa itu game Solitaire?

Solitaire adalah satu permainan yang menggunakan daun terup di mana kita mesti mempertimbangkan dengan teliti setiap pergerakan. Contohnya, jika kita mengalihkan kad yang salah, kita mungkin kalah dalam permainan.

Solitaire membuktikan bahawa permainan yang paling mudah atau simple pun boleh menjadi benda buat kita addicted untuk bermain.

Main Game Solitaire

Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda satu laman web untuk bermain game Solitaire yang paling terbaik iaitu Solitaire.org.

Apa yang menarik ialah, dalam laman web tersebut kita boleh bermain game tanpa perlu untuk download dan juga tiada iklan-iklan yang mengganggu.

Antara kategori game Solitaire yang ada dalam laman web tersebut ialah:

Masih banyak lagi sebenarnya game dalam laman web tersebut cuma yang diatas ini adalah kategori utama. Anda boleh buka Senarai Game Solitaire ini untuk melihat game yang lain.

Anda boleh cuba main mana-mana permainan yang anda suka. Kalau anda sudah lupa atau tidak tahu cara untuk bermain permainan tersebut, jangan risau kerana ada disediakan panduan atau cara untuk bermain game pada setiap permainan yang anda buka.

Kalau bagi saya, saya selalu main Klondike.

Klondike ini merupakan versi asal ataupun versi klasik game Solitaire. Sama dengan kebanyakan game solitaire yang lain, kita perlu susun 4 set kad iaitu dari Ace hingga King.

Memang perlu atur strategi yang cantik kalau main game klondike ni. Kalau startegi tidak menjadi, memang sangkut lah jadinya lepastu susah untuk menang lepastu terpaksa restart lagi dan restart lagi haha.

Game Menarik Selain Daun Terup di Solitaire.org

Selain daripada game daun terup, ada juga kategori game lain yang kita boleh mainkan dalam laman web tersebut iaitu:
Untuk kategori game selain daun terup di Solitaire.org, saya suka bermain Words Games iaitu Daily Word Search.

Mungkin ramai yang tahu dan suka main game yang ini. Kita cuma perlu cari perkataan dan tandakan perkataan yang kita cari itu sehingga habis perkataan yang kita perlu cari. Setiap hari perkataan yang berbeza diberikan. Kalauanda rasa level yang anda main kurang mencabar, anda boleh pilih level lain dengan tukar tarikh pada sebelah kiri.

Seterusnya saya juga suka bermain Hiden Objects Games iaitu Pirates and Treasures.

Game ini pun pasti jadi pilihan ramai untuk menguji kecepatan dan ketajaman mata untuk mencari benda yang perlu dicari.

Kalau sudah berusaha cari tapi susah sangat untuk dijumpai, boleh guna butang tanda tanya di sudut kanan bawah yang boleh anda gunakan secara unlimited kali pada setiap peringkat. Menggunakan hint ini akan memotong 300 mata untuk setiap penggunaan.


Kesimpulannya, Solitaire ialah permainan klasik yang pasti sentiasa popular dan menjadi pilihan ramai. Anda bolehlah gunakan laman web Solitaire.org untuk bermain permainan seperti ini. Sekian.

1 Response

  1. ada juga terlibat main game dulu main tembak2 ting tong hehehe

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel