9 Khasiat Daun Kucai Untuk Kesihatan Yang Sangat Berguna

Kucai adalah herba yang tergolong dalam keluarga bawang (allium). Daun kucai mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan, salah satunya adalah untuk membantu melawan sel kanser.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan mengenai kandungan nutrien, dan khasiat daun kucai untuk kesihatan.

Senarai Kandungan

Kandungan Nutrien Dalam Daun Kucai

Bukan sekadar sedap digunakan dalam masakan, kucai juga memiliki banyak khasiat untuk kesihatan disebabkan oleh kandungan nutriennya.

Berikut merupakan kandungan nutrien untuk 100 gram daun kucai:

Air

86.3 ml

Tenaga

45 Kalori

Protein

2.2 gram

Lemak

0.3 gram

Karbohidrat

10.3 gram

Serat

4.8 gram

Kalsium

52 miligram

Fosforus

50 miligram

Zat besi

1.1 miligram

Natrium

21 miligram

Kalium

439.5 miligram

Zink

0.5 miligram

Beta karotena

2,685 mcg

Niasin

1.8 miligram

Vitamin C

17 miligram


Khasiat Daun Kucai

Daun Kucai

Secara umum, berikut adalah beberapa khasiat daun kucai yang perlu anda ketahui:

1. Daun Kucai Dapat Mencegah Kanser

Sayuran jenis Allium (termasuk daun kucai) sangat kaya dengan flavonol. Kompaun antioksidan ini boleh berfungsi sebagai perencat pertumbuhan tumor.

Dalam satu kajian, penyelidik mendapati bahawa lelaki yang makan lebih banyak sayur-sayuran allium mempunyai risiko kanser prostat yang lebih rendah berbanding mereka yang makan kurang daripadanya.

Bukan sahaja kanser prostat, pengambilan sayur allium juga dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser esofagus dan kanser perut.

2. Daun Kucai Baik Untuk Kesihatan Jantung

Daun kucai mengandungi allicin iaitu salah satu komponen penting dalam mengurangkan paras kolesterol tidak baik dalam badan di samping meningkatkan kesihatan jantung.

Tambahan pula, daun kucai juga mempunyai kandungan kalium yang tinggi untuk mengurangkan tekanan darah.

3. Daun Kucai Dapat Melancarkan Penghadaman

Komponen organik yang bernama allyl sulfide dalam daun kucai didapati berkesan dalam mengurangkan rasa ketidakhadaman pada perut. Kandungan anti bakterianya pula dapat melawan bakteria tidak baik dalam perut.

Nutrisi lain dalam daun kucai seperti serat, niacin dan thiamin juga dapat melancarkan lagi sistem penghadaman.

4. Daun Kucai Dapat Memperbaiki Penglihatan

Daun kucai mempunyai khasiat untuk penglihatan seseorang. Ini kerana daun kucai mengandungi karoten lutein dan zeaxanthin.

Kedua-dua sebatian dipercayai membantu mengurangkan tekanan oksidatif dalam mata dan melambatkan perkembangan katarak.

5. Daun Kucai Boleh Merawat Segugut, Keputihan, Sembelit Dan Darah Tinggi

Vitamin B dan C, karotin dan komponen berlerang dalam daun kucai ini dapat ubati sakit segugut, keputihan, sembelit dan darah tinggi.

Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman dalam usus dan jadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus.  Ia juga lancarkan pengaliran darah, sekaligus mengelakkan pembekuan darah.

Caranya ialah, tumbuk daun kucai sehingga lumat, kemudian dikacau dengan air panas untuk diminum. Lebih mujarab jika diminum setiap pagi.

6. Daun Kucai Mampu Menguatkan Tulang

Daun kucai mengandungi vitamin K yang baik untuk kesihatan tulang. Vitamin K akan membantu anda mengekalkan kepadatan tulang, jadi osteoporosis boleh dielakkan.

Vitamin K juga membantu badan menghasilkan lebih banyak osteocalcin. Osteocalcin ialah protein yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan ketumpatan tulang anda.

7. Daun Kucai Boleh Meningkatkan Daya Ingatan Dan Tumpuan

Daun kucai mengandungi kolin, folat, hingga antioksidan, pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan otak. Kandungan nutrien ini dapat meningkatkan daya ingatan, fokus, dan tumpuan. Kajian menunjukkan, pengambilan daun kucai boleh mengurangkan risiko demensia dan penyakit Alzheimer.

8. Daun Kucai Dapat Menjaga Kesihatan Kulit

Kandungan dalam daun kucai yang baik untuk mengekalkan kesihatan kulit termasuklah vitamin C, vitamin A, dan antioksidan. Kandungan ini diperlukan oleh badan untuk melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan pada sel-sel badan termasuk sel-sel kulit.

Kulit memerlukan nutrien ini untuk melindungi dan mengekalkan kesihatannya daripada terdedah kepada pencemaran dan cahaya matahari.

9. Daun Kucai Dapat Membantu hilangkan stress

Kucai adalah salah satu makanan yang mengandungi folat yang membantu melegakan kemurungan dengan menghalang pembentukan homosistein yang berlebihan dalam badan.

Tahap homosistein yang berlebihan dalam badan dikaitkan dengan serangan jantung, strok, dan pembekuan darah.

Perbezaan Daun Kucai dan Daun Bawang

Perbezaan Daun Kucai dan Daun Bawang

Ramai orang sukar untuk membezakan antara daun kucai dan daun bawang kerana kedua-duanya panjang dan hijau.

Berikut adalah perbezaan antara daun kucai dan daun bawang yang perlu anda ketahui:
  • Daun kucai mempunyai daun yang lebih kecil daripada daun bawang.
  • Daun kucai lebih nipis daripada daun bawang.
  • Daun bawang biasanya mempunyai rongga yang lebih besar.
  • Seluruh permukaan daun kucai dari hujung ke hujung berwarna hijau gelap
  • Bahagian bawah daun bawang sehingga akarnya berwarna putih.
Kesimpulannya, daun kucai memang memiliki pelbagai khasiat untuk kesihatan kita. Semoga bermanfaat. Sekian.

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel