Resepi Ikan Kerapu Masak Tiga Rasa

Resepi Ikan Kerapu Masak Tiga Rasa - Berikut saya kongsikan kepada anda, resepi ikan kerapu masak 3 rasa yang paling mudah dan anda boleh cuba buat sendiri.

Resepi Ikan Kerapu Masak Tiga Rasa

Bahan-Bahan Untuk Menyediakan Ikan Kerapu Masak 3 Rasa

1 ekor ikan kerapu /siakap

tepung jagung secukupnya

3 ulas bawang putih (cincang halus)

1 biji bawang merah (potong dadu)

2 keping nenas (potong dadu)

2 batang serai (potong serong)

2 biji tomato (potong dadu)

2 sudu besar sos tiram

3 sudu sos tomato

3 sudu besar sos cili

3 Sudu besar sos cili thai

1 sudu kecil nampla / sos ikan

2 sudu besar jus limau @ air limau nipis

Air secukupnya

Minyak masak secukupnya

Garam, gula dan perasa secukupnya

10 biji cili padi thai merah dan hijau (potong kecil 2)

Daun salad, cili besar dan daun bawang untuk hiasan

Cara-Cara Penyediaan Ikan Kerapu Masak 3 Rasa

1

Ikan dibersihkan dan dan dilumur tepung jagung sehingga rata.

2

Goreng Ikan sehingga garing dan bila sudah masak angkat dan toskan minyak.

3

Letakkan di dalam pinggan.

4

Ambil sedikit minyak goreng ikan tadi kemudian tumis bawang putih, bawang merah dan serai sehingga wangi.

5

Masukkan segala jenis sos dan gaul sebati, biarkan seketika dan kemudian masukkan nenas dan tomato gaul sebati.

6

Tambah air yang secukupnya (jangan cair sangat) kemudian

masukkan jus limau, perasakan dengan garam, gula serta perasa.

7

Apabila kuah sudah masak bolehlah tuang atas ikan dan tabur hiasan.

8

Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Nor Khomariah Norrohman - Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

0 Response to "Resepi Ikan Kerapu Masak Tiga Rasa"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel