7 Fakta Kucing Siam Yang Menarik Untuk Diketahui

Fakta Kucing Siam - Kucing Siam paling terkenal dengan penampilannya yang tersendiri dan cantik.  Kebanyakan kucing Siam berwarna kelabu keperakan dengan mata biru terang, tetapi bulu kucing ini boleh datang dalam pelbagai warna yang cantik, termasuk kuning air, oren, coklat, biru dan ungu.

Senarai Kandungan [Show]

Fakta Menarik Kucing Siam

Fakta Menarik Kucing Siam

Berikut adalah beberapa fakta kucing Siam yang menarik untuk kita ketahui:

1. Kucing Siam Berasal Dari Ratusan Tahun Dahulu

Belum diketahu dengan tepat, bilakah pertama kali kucing Siam dibiakkan tetapi dipercayai secara meluas bahawa kucing ini berasal dari Thailand (dahulunya dikenali sebagai Siam) sekitar abad ke-14.

Kalau betul kucing Siam berasal dari abad ke-14, bermakna kucing Siam adalah antara baka kucing tertua di dunia.

2. Kucing Siam Pernah Dianggap Bangsawan

Keluarga diraja Thailand dahulu melayan kucing Siam mereka seperti raja dan permaisuri kerana mereka percaya bahawa mereka akan dilahirkan semula sebagai kucing Siam apabila mereka mati, atau kucing Siam akan mengambil jiwa mereka.

3. Kucing Siam Asli Mempunyai Mata dan Bentuk Ekor Yang Berbeza

Kucing Siam asli dan baka terawal mempunyai bentuk mata juling dan ekor bengkok. Bentuk itu berasal dari mutasi genetik. 

Dari satu lagenda ada menyatakan bahawa kucing ini sebenarnya ditugaskan untuk menjaga piala emas raja. Kerana serius menjaga piala emas itu, mata kucing Siam pun beransur-ansur menjadi juling. Semasa berjaga, kucing Siam juga memaut ekornya pada piala untuk menjadikannya lebih selamat dan akhirnya ekor kucing Siam ini menjadi bengkok. Walaupun kucing Siam yang paling tulen mempunyai sifat ini, kini ramai penternak menghapuskan sifat ini kerana dianggap sebagai kecacatan.

4. Cerewet dan Berjiwa Sosial

Pernah disebut sebelum ini bahawa kucing ini adalah antara kucing yang suka bercakap.  Maksudnya, dia akan mengiau sepanjang masa kerana mahukan perhatian.

5. Tidak Suka Gelap

Tidak seperti kebanyakan kucing yang mempunyai penglihatan yang tajam, terutamanya dalam gelap, kucing Siam mempunyai sedikit kesukaran untuk membezakan butiran dalam keadaan tanpa cahaya. Ini disebabkan oleh pigmen mata biru kucing Siam.

6. Penuh Dengan Rasa Ingin Tahu Dan Pintar

Sifat penuh ingin tahu dan bijak, menjadikan kucing Siam mudah dilatih. Kucing ini boleh diajar bermain tangkap dan baling, high five dan juga berjalan dengan tali. Kucing Siam juga pandai menghiburkan diri mereka sendiri dengan memasuki apa sahaja yang ada di sekitar rumah, suka masuk almari dan menghidupkan air paip.

7. Pernah Menggagalkan Perisik

Pada tahun 1960, kedutaan Belanda di Moscow tiba-tiba menjadi kecoh. Ini kerana dua ekor kucing Siam kelihatan resah dan bertindak lain dari kebiasaan. Pada waktu malam kucing Siam terjaga dari tidur dan mencakar dinding seolah-olah mendengar sesuatu. Pemilik kucing itu rasa pelik, lalu memutuskan untuk membongkar dinding dan menemui 30 mikrofon kecil yang digunakan untuk mengintipnya.

Itulah tujuh fakta kucing Siam yang sangat menarik. Sekian.

0 Response to "7 Fakta Kucing Siam Yang Menarik Untuk Diketahui"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel