Resepi Kek Lapis Masam Manis

Dalam artikel ini, saya kongsikan kepada anda, resepi kek lapis masam manis yang paling mudah dan anda boleh cuba buat sendiri.

Kek Lapis Masam Manis

Bahan-Bahan:

5 biji telur gred A

2 1/2 cawan tepung biskut marie (biskit marie dikisar halus)

Setengah tin kecil susu pekat manis

1 1/4 cawan gula halus

250gm butter atau margarine

1 sudu besar ovalett

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu kecil baking powder

Buah hawflakes (masam manis)

Pewarna hijau dan kuning (apa-apa warna pun boleh)


Cara Penyediaan:

1

Pukul butter dan gula sampai kembang dan ringan.

2

Masukkan telur satu persatu. Masuk ovalett, susu dan esen vanilla.

3

Ayak tepung biskut marie bersama baking powder. lepas itu masukkan sekali dalam adunan butter tadi dan gaul sebati.

4

Bahagi kepada 2 bahagian. Bubuh pewarna untuk setiap bahagian. Sediakan pengukus. Panaskan air kukusan terlebih dahulu.

5

Ambil dalam 7 sudu makan adunan bubuh dalam loyang. Susun buah hawflakes. lepas itu kukus. Ambil masa dalam 10 minit lepas itu keluarkan, dan lapis pula warna lain. Ulang proses lapisan sampai habis.

6

10 minit setiap lapisan

7

20 minit untuk lapisan terakhir.

8

Potong kek bila sudah betul-betul sejuk. kalau tidak, nanti kek bersepai isinya dan tak cantik.

Kredit pemilik resepi: Ross Ariffin

1 Response

  1. Suka kek masam manis ni...kek evergreen ni..dari dulu sampainl sekarang ada peminatnya

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel