Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN Online dan SMS

Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda, cara untuk semak baki pinjaman PTPTN atau baki pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Senarai Kandungan [Show]

Semakan Baki PTPTN Secara Online

Berikut merupakan cara untuk membuat semakan baki pinjaman PTPTN secara online:

1. Buka website Semakan Penyata Pinjaman PTPTN. Page seperti dibawah akan dipaparkan.
semakan penyata pinjaman ptptn

2. Masukkan nombor I/C dan klik 'CARI'.

3. Selepas anda klik 'CARI', page di bawah akan dipaparkan. Klik Semak.

cara semakan baki ptptn online

4. Seterusnya anda akan dibawa ke halaman seperti dibawah ini. Masukkan nombor I/C dan kata laluan.
 
cara semakan penyata baki pinjaman ptptn online

5. Selepas anda log-in, page dibawah akan dipaparkan. Untuk lihat baki pinjaman PTPTN, anda boleh klik "Penyata Baki" atau "Penyata Baki Terperinci" di ruangan menu.
 
semakan baki & tunggakan ptptn

Untuk makluman anda, sistem semakan baki pinjaman PTPTN bukan sahaja menyediakan kemudahan untuk membuat semakan baki hutang PTPTN yang belum dibayar, tapi turut menyediakan kemudahan untuk semakan jumlah elaun/pinjaman yang dimasukkan ke akaun bank.

Bayaran ansuran pinjaman yang dibuat akan dikemaskini selepas beberapa hari bekerja.

Semakan Baki PTPTN Melalui SMS

Berikut merupakan cara untuk menyemak baki pinjaman PTPTN anda melalui SMS.
  1. Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
  2. Dan hantarkan kepada 15888.

Cara Mudah Dapatkan No Pinjaman PTPTN

Untuk makluman, anda boleh dapatkan no pin atau no pinjaman anda dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-20804455 atau di akaun rasmi media sosial PTPTN sama di Facebook atau Twitter. Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj RM0.15 dan RM0.20 untuk penerimaan SMS.

Semoga panduan untuk membuat semakan baki pinjaman PTPTN ini berguna untuk anda. Sekian.

3 Responses

  1. senang mau semak kan. Syu pun semak online jer. baru tahu baki tinggal berapa 😁.

    BalasPadam
  2. ngeri ni haha.. kalau cek berederettt dari akaun anak2 sampai ke akaun maknya sekali, juling mato

    BalasPadam
  3. hahaha...mak dah habis bayar .anak pula sambung...biar dulu tak semak lagi...takut terkezut🤣

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel