20 Nasihat Kewangan Untuk Orang Muda

nasihat kewangan untuk orang muda

Sangat penting bagi golongan muda untuk belajar dan amalkan ilmu kewangan supaya dapat memastikan diri boleh menilai dan merancang perbelanjaan dengan baik supaya status kewangan sentiasa terjamin agar tidak menyesal dikemudian hari.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan 20 tips atau nasihat kewangan untuk orang muda. Nasihat ini pernah viral di media sosial.

Tips Kewangan Untuk Orang Muda

tips kewangan untuk orang muda

Ini nasihat kewangan untuk orang muda:
  1. Kalau belum buka akaun tabung haji, pergi buka akaun TH. Takkan kau tak nak pergi haji kan. Buka RM1,300.
  2. Buka akaun ASB, simpan duit dalam tu. Nak advance sikit pergi buka ASBF. Sijil 50K baru RM275 sebulan (terpulang kepada komitmen masing-masing)
  3. Cari pendapatan sampingan. Sekarang ni banyak part time boleh buat, ada hustle income FARcapital, agen insurans, jual kat shopee.
  4. Ambil satu medical plan, tak payah yang juta-juta pun takpe, kalau tak mampu. Perempuan coverage RM150K tiap tahun, baru RM75.
  5. Belajar ilmu baru setiap hari. Kau habiskan masa 4,5 jam melawat FB, baca gosip, baca kisah rumah tangga orang. Tapi kau xboleh nak ambik masa 10-20 minit nak belajar ilmu baru untuk hidup kau? Lemaaahh!.
  6. Baca buku kewangan. Tambah ilmu pengetahuan. Buku murah je, RM 100 dah dapat 2,3 buah buku. 
  7. Banyak ilmu free sebenarnya dekat youtube, tiktiok dan FB. Try ilmu crypto, buka akaun Luno atau Huobi.
  8. Kalau kau ada kawan yang bijak kewangan. Pergi menuntut ilmu dengan dia. Belanje kopi secawan. Kalau aku, belanja mamak jadilah.
  9. Sedekah sekurang-kurang nya hari Jumaat. Jangan rasa takut untuk memberi, sebab Allah Penjamin Rezeki.
  10. Bagitau awek/pakwe belanja makan, wayang asing asing. Jangan gelabah nak gentle bagai. Kalau gentle, kahwin terus.
  11. Buat unit amanah, buat mana yang mampu. Cash pun boleh. Market best untuk sauk sekarang.
  12. Kurang kan bakar duit sendiri, yakni MEROKOK. Terjaga kesihatan sama. Duit pun save.
  13. Jangan gelabah nak hype sana sini. Hidup di bawah kemampuan. Takyah terpengaruh dengan trend instafamous.
  14. Kalau rasa motor elok lagi dan rasa diri lelaki. Pakai je motor dulu, minyak pun jimat.
  15. Dapatkan perlindungan gaji atau takaful nyawa sebagai perlindungan. Ada je RM38 sebulan, boleh cover RM50K.
  16. Buat jadual menyimpan. Sekarang macam-macam apps dekat telefon pintar untuk pantau simpanan.
  17. Rajin rajin memasak dekat rumah. Masak nasi berlauk. Bawak bekal pergi kerja. Jangan kedarah Maggie je, kesian perut.
  18. Usahakan bayar PTPTN tu. Nama pun hutang, orang lain nak guna jugak, takkan kau je sedap.
  19. Bab berniaga, jangan malu. Tak buka mulut, kita tak tau. Takyah nak kutuk member niaga. Support dorang.
  20. Bezakan kehendak dan keperluan serta kemahuan yakni nafsu.

DISCLAIMER: Nama pun nasihat, rasa bermanfaat & sesuai, boleh la ambil. Gambar sekadar hiasan.

SUMBER: FB @Azrul ikhwan
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel