Perbezaan Antara PdP dan PdPc

beza pdp dan pdpc

Apa perbezaan antara PdP dan PdPc? Fahami dengan lebih lanjut maksud PdP dan PdPc melalui dialog Cikgu PdP dan Cikgu PdPc di bawah ini.

Cikgu PdP:

Peranan cikgu ialah Memberi Ilmu kepada Murid

Cikgu PdPc:

Opps itu cikgu dulu-dulu tu.

Cikgu PdP:

Habis tu cikgu sekarang macam mana?

Cikgu PdPc:

Peranan cikgu sekarang ialah mengajar atau melatih mereka mendapatkan Ilmu

Cikgu PdP:

Apa bezanya?...ahhh sama je laa tu…depa Rebranding je ni…hang tu lebih-lebih

Cikgu PdPc:

Tak sama dulunya cikgu cari bahan lepas tu hidangkan pada murid, tapi sekarang cikgu tetapkan satu objektif/standard pembelajaran lepas tu buatkan aktiviti yang sesuai supaya murid bergerak capai sendiri objektif tersebut. Peranan cikgu sebagai pemudahcara membantu murid dengan strategi yang terancang capai standard pembelajaran.

Cikgu PdP:

Apa pekdahnya? Bukan ke lebih cepat kalau diberikan sahaja ilmu tu tak payah la susah-susah cari? Kita suap jer…yang penting depa ngaga n telan. Cara macam ni lebih cepat..

Cikgu PdPc:

Dalam perjalanan nak capai standard pembelajaran tu bukankah dia dibekalkan kemahiran mencari ilmu atau maklumat melalui buku teks/internet/bincang dengan kawan atau guru/experimen / pembentangan/penulisan folio? Murid dapat pelbagai kemahiran belajar dan ilmu untuk capai objektif/standard pembelajaran yang ditentukan dengan dibantu oleh cikgu? So kemahiran belajar tu boleh diguna bagi dapat ilmu-ilmu lain pula.

Cikgu PdPc:

…mudah macam ni dulu kita beri ikan, tapi sekarang kita ajar cara-cara nak tangkap ikan dan boleh pelbagai cara jala/pancing/pukat

Cikgu PdP:

Hmmm masih tak paham lagi laa. Aku guna cara lama la senang aku dulu boleh jadi cikgu ni pun sebab cara lama laa tak dak perlu guna teknik-teknik baru macam laa ni.

Cikgu PdPc:

Ikut Cikgu laa…mana yang sesuai.


Diharap anda dapat memahami beza PdP dan PdPc setelah membaca dialog diatas. Semoga bermanfaat. Sekian.

SUMBER: FB Farina Razak
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel