Apa Itu NFT? (Cara Membuat & Menjual NFT)

Apa itu NFT atau Non-Fungible Token dan sedikit penerangan mengenai cara untuk membuat dan juga cara untuk menjual NFT di NFT Marketplace.

apa itu nft

Baru-baru ini seorang pemuda di Indonesia berjaya mengaut keuntungan sehingga AS$1 juta (RM4.1 juta) dalam salah satu aset pelaburan terbitan kripto iaitu Non-Fungible Token atau NFT.

Ghozali yang dikenali di media sosial sebagai Ghozali Everyday memilih untuk memuat naik swafoto sebagai produk NFT di OpenSea. Tanpa disangka, gambar selfie itu mendapat perhatian ramai sehingga menjadikan Ghozali jutawan segera.

Jadi, dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda apa sebenarnya NFT.

Apa Itu NFT?

Secara ringkasnya, NFT adalah aset digital yang unik dan dan tidak boleh dicetak atau ditiru. Satu token NFT tidak sama dengan token NFT yang lain. Walaupun telah wujud sejak 2014, NFT semakin banyak peminat menjelang akhir tahun 2021.

Barangan yang boleh dijual dalam bentuk NFT boleh dalam bentuk karya seni seperti aset permainan, foto, video, muzik dan lain-lain.

Walaupun ia boleh digunakan untuk membeli sesuatu, tetapi tidak seperti aset crypto, NFT sukar untuk didagangkan.

NFT mempunyai beberapa kelebihan, salah satunya berkaitan dengan tahap keaslian. Konsep NFT membolehkan pembeli memiliki yang asli tanpa sesiapa menyalinnya. Bukan itu sahaja, NFT turut menyertakan bukti pemilikan dalam bentuk pensijilan.

Bagaimana Cara Untuk Membuat NFT?

Sesiapa sahaja boleh membuat NFT. Apa yang diperlukan ialah digital wallet, pembelian kecil ethereum dan sambungan ke NFT Marketplace di mana anda akan dapat memuat naik dan menukar kandungan menjadi seni NFT atau crypto. Antara contoh NFT Marketplace ialah OpenSea, Rarible dan lain-lain.

Bagaimana Untuk Menjual NFT?

Secara asasnya anda akan memuat naik kandungan ke marketplace kemudian ikut arahan untuk mengubahnya menjadi NFT. Anda akan dapat memasukkan butiran khusus seperti penerangan dan harga yang dicadangkan. Kebanyakan NFT dibeli menggunakan ethereum.

Diharap dengan artikel mengenai apa itu NFT ini dapat memberikan anda gambaran serba sedikit mengenai NFT. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel