Senarai Pakaian Tradisional Kaum Cina Di Malaysia

Kehadiran orang Cina di Malaysia bermula dengan pembangunan Melaka sebagai pusat perdagangan, diikuti oleh Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka membawa adat, budaya, dan corak pakaian tradisional bersama mereka, yang kemudiannya disesuaikan dengan persekitaran tempatan.

Pakaian klasik Cina, yang pada asalnya berlapis dan dihiasi dengan benang emas dan sulaman sutera, masih boleh dilihat hari ini, walaupun ia telah diubah suai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Samfoo, Hanfu, dan Cheongsam masih dipakai dalam upacara.

pakaian tradisional cina

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda semua, senarai nama pakaian tradisional kaum Cina di negara Malaysia berserta penerangan mengenai setiap pakaian dan juga serba sedikit mengenai sejarah.

Senarai Kandungan [Show]

Berikut merupakan antara pakaian tradisional Cina di Malaysia.

1. Cheongsam

cheongsam malaysia

Wanita berketurunan Cina memakai pakaian ini. Lazimnya dipakai pada majlis perkahwinan dan semasa perayaan Tahun Baru Cina. Cheongsam dikatakan berasal daripada baju tradisional lelaki Cina yang memanjang sehingga ke kaki. Dalam bahasa Kantonis, istilah "cheong sam" bermaksud 'baju labuh'. Cheongsam dianggap telah diperkenalkan di China selepas revolusi 1911.

Baju ini pada asalnya panjang, tetapi lama-kelamaan disingkatkan sehingga paras lutut. Pada mulanya, kolar baju hanya setinggi 3 hingga 4 cm, tetapi kemudian dinaikkan kepada 7 cm. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.

2. Samfoo

samfoo malaysia

Samfoo ialah pakaian tradisional Cina yang ramai orang tidak kenal. Ia adalah sejenis baju dan seluar yang boleh dipakai oleh lelaki dan wanita dalam situasi kehidupan seharian. Pakaian tradisional Cina ini terdiri daripada baju dan seluar longgar yang diperbuat daripada kain lembut, seperti sutera.

Samfoo, yang telah dipakai sejak dinasti Ching, sangat popular di kalangan wanita pertengahan umur dan lelaki yang lebih tua atau sudah berkahwin. Secara umum, ia dipakai semasa pergi ke lombong, ladang, keluar bekerja, atau di rumah.

3. Hanfu

hanfuu

Istilah "Hanfu" merujuk kepada orang Han yang pertama kali memakai pakaian ini. Dalam bahasa Mandarin atau Cina, "Yifu" bermaksud "baju". Hanfu memiliki lengan kembang, dan terdapat kolar yang selesa. Ramai orang memilih untuk mencuba pakaian hanfu ini kerana ia sangat sopan, dan ia juga direka dengan cara moden.

4. Changsan

changsan

Changshan ialah sejenis pakaian tradisional Cina berlengan panjang. Changshan, sering dipakai oleh lelaki. Pada zaman dahulu, ia berasal dari Piyin Changshan.

Pakaian tradisional Cina Changsan boleh dipakai ke majlis-majlis rasmi serta beberapa acara yang sesuai. Ia juga dikatakan sebagai pakaian yang dipakai secara eksklusif oleh golongan atasan.

5. Jubah Labuh

jubah labuh

Jubah Labuh juga merupakan bentuk biasa pakaian Cina lelaki. Mereka kerap menggayakannya untuk sambutan Tahun Baru Cina dan majlis-majlis lain.

Pakaian tradisional Cina ini diperbuat daripada fabrik sutera dan brokat berwarna terang. Benang emas dan perak juga digunakan untuk menghiasi pakaian ini. Warna pilihan bagi pemakai jubah labuh ini selalunya berwarna merah.


Diharap dengan senarai pakaian tradisional kaum Cina di Malaysia dapat memberikan manfaat serta serba sedikit pengetahuan kepada anda mengenai kaum cina yang merupakan salah satu kaum yang ada di negara kita. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel