Senarai Makanan Tradisional Cina Paling Popular

makanan tradisional cina

Negara Malaysia semestinya sangat terkenal dengan keunikannya yang ada didalam masyarakat yang sangat pelbagai. Tidak kira dari segi agama, bangsa, adat kepercayaan, permainan dan juga makanan. Hal-hal seperti inilah yang telah menjadikan negara Malaysia sangat unik dan digemari oleh masyarakat dunia untuk dijadikan pilihan pertama mereka untuk dijadikan tempat untuk melancong.

Negara Malaysia juga suda semestinya sangat terkenal dengan pelbagai makanan tradisional yang berasal daripada pelabagai bangsa. Hal ini adalah salah satu perkara utama selain tempat-tempat yang menarik menjadi keutamaan dan pilihan kepada pelancongan apabila mereka melancong di Malaysia. 

Makanan tradisional ini adalah suatu makan yang mempunyai citarasanya yang khas dan tersendiri dan makanan ini adalah makan yang sangat biasa didapati dalam kalangan masyarakat tempatan.

Di negara Malaysia, makanan cina merupakan salah satu makanan yang boleh didapati dimana-mana restoran mahupun di pasaraya dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia sendiri. Hal ini kerana makanan cina merupakan salah satu makanan yang mempunyai perniagaan terbesar di Malaysia.

Namun begitu, adakah makanan tradisional cina juga senang untuk didapatkan di Malaysia? Apakah jenis-jenis makanan tradisional yang perlu kita tahu? 

Senarai Kandungan [Show]

Makanan Tradisional Cina

Berikut merupakan beberapa senarai makanan tradisional cina yang popular.

1. Dim Sum

dim sum

Makanan tradisional cina yang diberikan nama dimsum ini tidak lagi asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Hal ini kerana, dimsum boleh didapati di mana-mana restoran cina sama ada restoran halal dan tidak halal.

Dimsum merupakan makanan tradisional cina yang datang dalam pelbagai jenis dan bentuk dan pembuatan dimsum ini sangat memerlukan kepakaran dan kemahiran yang sangat tinggi dalam proses pembuatannya. Di Malaysia, dimsum ini bukan sahaja terkenal dalam kalangan masyarakat yang berbangsa cina namun ianya juga turut terkenal dalam kalangan masyarakat yang berbeza bangsa. 

2. Yee Sang

yee sang

Yee Sang ini merupakan makanan tradisional cina yang biasanya dimakan pada waktu perayaan Tahun Baru Cina. Yee Sang ini adalah sejenis makan tradisional yang dihidangkan dalam bentuk hirisan sayur-sayuran yang pebagai jenis dan juga warna. Potongan ikan seperti ikan salmon segar juga turut disertakan didalam sajian Yees Sang.

Seterusnya akan dihidangkan diatas pinggan yang besar dan lebar dan akan digaulkan bersama-sama oleh mereka yang meraihkan Tahun Baru Cina. Hal ini adalah bertujuan bagi memberi peringatan pada simbolik majmuk yang bermaksud mengeratkan hubungan silaturahim sesama kaum, keluarga dan juga sahabat handai.

3. Kuih Bulan

kuih bulan

Kuih bulan merupakan salah satu makanan tradisional cina yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana, kuih bulan merupakan salah satu makanan tradisional cina yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia untuk dijadikan santapan dan juga snek mereka.

Kuih bulan ini adalah sejenis kuih manisan yang di selalu dimakan oleh kaum cina pada pertengahan musim luruh ataupun Tahun Baru Cina. Kuih bulan ini mempunyai bentuk yang bulat dan direka dengan cantik sebagai corak pada kuih bulan. Kuih bulan juga mempunyai pelbagai inti didalamnya. Contohnya seperti pes biji teratai, kacang merah, walnut, benih labu dan sebagainya. 

4. Kuih Bakul

kuih bakul

Masyarakat melayu sangat terkenal dengan kuih dodol sebagai salah satu makan tradisional mereka, bagi kaum cina pula kuih bakul merupakan makanan tradisional yang sangat terkenal dalam kalangan kaum cina.

Kuih bakul ini hampir mempunyai rupa dan bentuk yang sama dengan kuih dodol, namun yang membezakan mereka adalah kuih bakul ini mempunyai tekstur yang lebih kenyal berbanding dengan kuih dodol.

Selain daripada kuih bakul, kuih ini juga dikenali sebagai nian go dalam kalangan kaum cina. Proses membuat kuih bakul ini agak memakan masa yang lama sehingga 3 hari bagi menyiapkan dan mendapat rasa yang sempurna.

5. Bak Chang

bak chang

Bak chang adalah sejenis makanan tradisional cina yang dibungkus dengan daun yang khas. Antara bahan yang digunakan untuk membuat bak chang adalah beras pulut dan kacang merah sebagai inti dalam beras pulut tersebut. Bak chang ini sangat terkenal dimakan oleh kaum cina semasa perayaan Duan Wu. 

6. Chang Shou Mian

chang shou mian

Chang Shou Mian dihasilkan daripada tepung gandum dan merupakan mi telur Kantonis yang paling nipis. Antara ciri uniknya ialah warna kuning keemasan dan teksturnya yang sedikit kenyal. Mee chang shou mian ini biasanya disajikan pada majlis hari jadi atau tahun baru.

7. Char Koay Teow

char koay teow

Char koay teow ialah hidangan tradisional Cina. Char koay teow, mi beras, biasanya disediakan dengan kerang, udang dan telur. Petani dan nelayan secara tradisi menjualnya untuk menambah pendapatan mereka.

8. Ding Bian Hu

ding bian hu

Ding bian hu merupakan hidangan tradisional Cina yang masih diamalkan oleh generasi tua dan warga emas pada masa kini. Ia kerap dihidangkan pada awal pagi atau lewat malam.

Ding bian hu serupa dengan bubur nasi dan juga disebut sebagai bubur cendawan. Bubur ini akan direbus dan diubah menjadi bubur berkuah daripada sup makanan laut.

Bubur nasi ini tinggi khasiat dan sesuai untuk mereka yang memerlukan tenaga untuk bekerja atau lemah.

9. Tang Yuan

tang yuan

Tang Yuan ialah pencuci mulut tepung beras tradisional Cina. Ia biasanya dimakan di Yuanxiao, atau Pesta Tanglung. Walau bagaimanapun, ia sering dihidangkan sebagai pencuci mulut pada upacara perkahwinan.

Tang Yuan ialah bebola kecil yang dihidangkan dalam mangkuk dan dimakan bersama sirap manis.

10. Dumpling

dumpling

Dumpling, juga dikenali sebagai Jiaozi, diperbuat daripada tepung gandum. Ia biasanya diisi dengan udang segar, daging babi, dan sayur-sayuran seperti cili, halia, cendawan dan herba.

Dumpling adalah makanan tradisional Cina yang menyihatkan. Ini kerana ia direbus pada suhu yang lebih rendah daripada makanan lain. Ia boleh disediakan dalam pelbagai cara, termasuk digoreng dan dikukus.

11. Tau Fu Fah

tau fu fah

Tau Fu Fah, juga dikenali sebagai dòufuhuā dan juga dòuhuā, adalah hidangan yang dihasilkan daripada tauhu yang sangat lembut.

Tauhu didakwa berasal dari China purba semasa Dinasti Han. Untuk memenuhi citarasa mereka, orang Cina telah mencipta dan mempertingkatkan resipi masakan berasaskan tauhu. Tauhu mapo, tauhu busuk, tauhu jeruk, tauhu kukus, dan puding tauhu adalah antaranya.

Di Malaysia, tau fu fah dihidangkan sebagai pencuci mulut dengan air gula putih atau gula merah. Ia lazat sama ada sejuk atau panas.

12. Chee Cheong Fan

chee cheong fan

Chee cheong fan berasal dari Canton, Selatan China. Ia biasanya dihidangkan sebagai snek, walaupun ia juga boleh dimakan untuk sarapan pagi.

Ia adalah gulungan tepung nipis yang dibina dengan jalur shahe fen (mi beras). Ia disajikan dengan udang, daging lembu, sayur-sayuran, dan bahan lain.

Chee cheong fan dihidangkan bersama kicap, yang disiram di atas hidangan sebelum dimakan.

13. Mantou

mantou

Mantou, biasanya dikenali sebagai roti kukus, ialah sejenis bun kukus Cina yang popular di China Utara. Biasanya ia dijadikan sebagai makanan ruji di bahagian utara China, di mana gandum yang ditanam, bukannya beras.


Kesimpulannya, masakan tradisional Cina masih diamalkan sehingga kini. Malahan, semakin banyak restoran Cina yang menceburi bidang dunia masakan. Malaysia juga menyaksikan peningkatan dalam bilangan restoran Cina Halal.

Selain keistimewaannya, makanan komuniti ini juga cukup unggul dan boleh diterima oleh seluruh masyarakat. Ini mungkin salah satu sebab mengapa makanan tradisional Cina masih popular hari ini.

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel