Senarai Khasiat Green Tea Untuk Kesihatan Menurut Kajian

khasiat green tea

Green tea ataupun teh hijau  merupakan satu minuman herba yang mempunyai banyak khasiat yang sangat penting bagi badan manusia. Green tea ini merupakan minuman herba yang berasal daripada negara China. Green tea ini adalah tumbunan berdaun yang tergolong dalam spesies Camellia Sinensis yang terhasil bukan melalui proses pelayuan dan pengoksidaan seperti penghasilan tea hitam ataupun tea oolong. Terdapat banyak khasiat yang dimiliki oleh green tea ini namun masih kurang diketahui oleh manusia yang menggunakannya dan juga yang tidak menggunakannya.

Mengikut kajian yang telah dijalankan ke atas green tea, herba ini mempunyai khasiat yang sangat tinggi dan sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia untuk terus kekal sihat. Selain itu khasiat green tea ini juga turut berkesan terhadap mengekalkan kecantikan kulit manusia. Hal ini kerana green tea sangat terkenal  dan sarat dengan antioksida dan nutrien yang baik yang mempengaruhi kesihatan tubuh badan manusia dan juga minda manusia. 

Green tea ini juga turut terkenal digunakan dalam bidang perubatan sejak beribu tahun dahulu. Contohnya, di Jepun sahaja penduduknya mengamalkan meminum air tea hijau ataupun green tea sebanyak 5 cawan sehari dan ianya telah membuktikan bahawa jangkah hayat mereka lebih panjang berbanding dengan penduduk Jepun yang tidak mengamalkan meminum air green tea ini. 

Khasiat Green Tea

khasiat teh hijau

Antara khasiat yang boleh didapati daripada green tea adalah seperti berikut.

Mencegah Penyakit Jantung

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh saintis sendiri, kandungan yang terdapat di dalam green tea mempunyai dan memainkan peranan yang sangat penting terutama sekali dalam lapisan saluran darah yang mana ianya membantu saluran darah untuk terus kekal stabil dan mampu untuk bertahan lebih lama jika berlaku sebarang perubahan yang terjadi dalam tekanan darah.

Green tea ini juga turut membantu dalam proses menghalang berlakunya pembentukan gumpalan darah, membekalkan kadar antioksida yang banyak pada saluran darah dan juga turut membantu dalam mengawal dan mengelakkan kolestrol LDL ataupun kolestrol baik daripada teroksida.

Pencegah Penyakit Kanser

Menurut jurnal yang telah diterbitkan oleh Cellular Biochemistry, jurnal tersebut telah menjelaskan bahawa kandungan yang terdapat dalam green tea berperanan sebagai pencegah kepada penyakit kanser. Daun green tea ini dipercayai mempunyai 40% kandungan polifenol iaitu sejenis antioksidan yang mampu membantu menuatralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kepada penyakit kanser.

Menurut kajian, geen tea ini mampu membantu mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 22% jika wanita mengamalkan meminum green tea ini. Green tea ini juga turut dapat membantu lelaki untuk mengurangkan risiko mendapat kanser prostat sehingga 48% jika rajin mengamalkan meminum Green tea setiap hari.


Mencegah Penuaan

Antara kebaikan green tea terhadap kecantikan adalah, green tea ini mampu untuk membantu manusia dalam mencegah masalah penuaan yang berlaku pada kulit mereka. Hal ini kerana, zat pelifenol yang terkandung dalam green tea mampu dan dapat membantu dalam meneutralkan radikal bebas yang berbahaya di dalam tubuh badan manusia yang mana ianya menjadi salah satu penyebab kerosakan kulit. Proses ini dalam masa yang sama mampu membantu dalam melambatkan proses penuaan pada kulit.

Melembutkan Kulit Wajah

Khasiat yang terkandung dalam green tea ini bukan sahaja dapat membantu melambatkan berlakunya penuaan kepada kulit manusia, namun ianya juga turut membantu dalam melembutkan dan juga mencantikkan kulit wajah mereka.

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Medical College Of Georgia, green tea ini mampun mengeluarkan racun daripada kulit, membantu mengurangkan keradangan, membantu menyembuhkan lukan dengan lebih cepat dan mampu memudarkan parut dalam masa yang sama dapat meningkatkan keanjalan kulit jika pengguna green tea ini mengamalkan pengambilan green tea dalam minuman dan makanan harian mereka.


Meransang Sistem Imun

Menurut beberapa kajian yang telah dijalankan terhadap khasiat green tea ini, jangkitan bakteria dan juga virus dapat dielakkan oleh mereka yang rajin mengamalkan minum  air green tea ini berbanding dengan mereka yang tidak mengamalkan pengambilan green tea.

Hal ini jelas dapat membantu meningkatkan sistem imun manusia yang mana mekanisme yang dikenali sebagai catechin, yang berfungsi sebagai pelindung terhadap bakteria dan virus dapat ditingkatkan. Dalam masa yang sama ianya juga turut membantu dalam mencegah penyakit-penyakit yang disebabkan oleh mikrob dan kulat dengan melawan toksin-toksin yang dikeluarkan oleh mikrob. Contohnya, khasiat green tea ini mampu membantu dalam mencegah nafas berbau, cirit birit, kerosakan gigi, batuk dan juga selesma.

Diharap perkongsian mengenai khasiat green tea atau teh hijau menurut kajian ini memberikan pengetahuan dan bermanfaat kepada anda. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel