6 Kebaikan Beras Basmathi Untuk Kesihatan Dan Cara Masak

6 kebaikan beras basmati untuk kesihatan dan juga cara untuk memasak beras basmati yang paling mudah.

kebaikan beras basmati

Beras basmati adalah sejenis beras yang asalnya ditanam di India dan Pakistan. Nasi ini terkenal dengan aromanya yang harum dan biasanya digunakan untuk membuat nasi briyani.

Berbanding beras putih biasa, beras basmati lebih panjang dan lebih leper.

Beras basmati sendiri terdiri daripada dua jenis iaitu beras basmati putih dan coklat.

Kebiasaannya, sebab orang suka masak nasi basmati adalah kerana kedua-dua jenis nasi ini tidak melekit apabila dimasak dan rasanya boleh dikatakan lebih sedap.

Senarai Kandungan [Show]

Kebaikan Beras Basmati

Pelbagai khasiat atau kebaikan yang boleh diperolehi daripada beras basmati iaitu seperti berikut:

1. Menjaga Kesihatan Jantung

Beras basmati putih mempunyai kandungan arsenik yang lebih rendah berbanding beras lain. Arsenik adalah logam kuat yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetes, dan kanser.

Beras basmati perang mungkin mempunyai tahap arsenik yang lebih tinggi daripada beras perang secara umum.

Selain kandungan arsenik yang rendah dalam beras, kandungan serat dalam beras basmati juga bermanfaat dalam menurunkan paras kolesterol dan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

2. Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Beras basmati adalah sumber karbohidrat kompleks yang baik untuk semua orang. Beras basmati perang mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah daripada beras putih.

Maksudnya, proses penghadaman beras menjadi glukosa berlaku dengan lebih perlahan supaya dapat mengekalkan paras gula dalam darah daripada meningkat dengan cepat.

3. Mengelakkan Sembelit

Kekurangan pengambilan serat dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah penghadaman, salah satunya adalah sembelit.

Kandungan serat dalam basmati boleh membantu mengoptimumkan keperluan serat harian supaya dapat mengelakkan sembelit.

Jenis serat yang terkandung dalam beras basmati ialah serat larut. Serat ini boleh membantu memecahkan makanan sehingga ia lebih halus dalam saluran penghadaman.

4. Mengurangkan Risiko Kanser

Berbanding beras lain, beras basmati dibentuk dalam bijirin penuh supaya kandungan seratnya lebih tinggi.

Pengambilan diet tinggi serat boleh mengurangkan risiko kanser kolorektal yang menyerang kolon dan rektum.

Selain itu, selenium, bahan antioksidan dalam beras basmati, juga boleh mencegah kanser yang disebabkan oleh kerosakan pada DNA sel.

5. Meningkatkan Fungsi Otak

Beras basmati mengandungi tiamin iaitu vitamin B1. Vitamin jenis ini dalam beras basmati sangat berguna untuk meningkatkan fungsi otak.

6. Membantu Memenuhi Pengambilan Vitamin
Beras basmati yang dijual di pasaran mungkin melalui peringkat pemprosesan terlebih dahulu untuk menambah kandungan nutrisi.

Proses ini melibatkan penambahan vitamin dan mineral, seperti zat besi, asid folik atau vitamin B-kompleks, tiamin, dan niasin.

Vitamin dan mineral ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan metabolisme dan fungsi organ.

Cara Masak Beras Basmati

cara masak beras basmati

Memasak beras basmati tidak sukar dan hanya memerlukan sedikit persediaan. Berikut adalah cara memasak nasi basmati yang boleh anda lakukan di rumah:

1. Basuh Beras

Mencuci beras basmati sebelum dimasak adalah sangat penting untuk memastikan kanji telah dikeluarkan. Anda tidak perlu membasuh beras sehingga airnya jernih, tetapi anda perlu membasuhnya beberapa kali. Kacau beras dengan tangan, kemudian toskan dan ulangi 2 hingga 3 kali.

2. Rendam Beras

Jika anda sukakan nasi yang lembut dan gebu, anda boleh rendam beras basmati yang akan anda masak dalam beberapa minit.

3. Masukkan Air

Adalah penting untuk mengetahui nisbah beras kepada air untuk menentukan tahap kesedapan. Untuk setiap cawan beras basmati, anda perlu menambah satu setengah cawan air.

4. Kaedah Memasak

Proses memasaknya sama seperti memasak nasi putih biasa.

Diharap dengaan 5 kebaikan beras basmati untuk kesihatan dan cara masak ini dapat memberikan info yang berguna untuk anda. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel