7 Kegunaan Cuka Kayu Untuk Tanaman

kegunaan cuka kayu

Cuka kayu merupakan cecair sampingan daripada pembakaran arang tanpa udara. Jepun merupakan tempat asal teknologi cuka kayu. Dalam bahasa Jepun, cuka kayu dikenali sebagai mokusaku. Di negara kita Malaysia, cuka kayu adalah hasil sampingan daripada pembakaran arang bakau.

Cuka kayu digunakan secara meluas oleh petani di kebanyakan negara, termasuk Jepun, Taiwan, Thailand, dan Korea, kerana faedahnya sebagai bahan kimia tani organik.

Namun, bagi rakyat marhaen seperti kita, tidak ramai yang menyedari kewujudannya, apatah lagi tahu penggunaannya pada tanaman.

Jadi dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda semua mengenai kegunaan cuka kayu untuk tanaman.

Kegunaan Cuka Kayu

Berikut merupakan beberapa manfaat penggunaan cuka kayu untuk tanaman.

1. Menggalakkan Percambahan Benih

Kita boleh menggunakan cuka kayu untuk meningkatkan hasil tanaman kerana ia menggalakkan percambahan benih dengan cepat.

Menurut penyelidikan, penghasilan cuka daripada buluh yang dibakar menggalakkan percambahan benih tanaman.

Jadi, jika benih yang kita semai mengalami masalah untuk bercambah, cuba semburkan sedikit cuka kayu pada tanaman.

2. Membantu Pertumbuhan Pokok

Lazimnya, cuka kayu yang diperolehi daripada sumber tumbuhan berkayu seperti kayu oak, kayu getah, walnut, atau kayu bakau boleh digunakan untuk fungsi ini.

Menurut kajian, pokok yang disembur dengan cuka kayu tumbuh dua kali lebih subur daripada yang tidak disembur dengan cuka ini.


3. Meningkatkan Penyerapan Nurtrisi Baja

Sesiapa yang gemar berkebun pasti sedar bahawa fungsi utama baja adalah untuk bertindak sebagai "pembekal makanan" kepada tumbuhan.

Dalam kes ini, cuka kayu berpotensi mengurangkan penggunaan baja dan racun sintetik sehingga 50% kerana sifat organiknya, yang boleh meningkatkan penyerapan nutrien baja jika diberikan pada kadar yang mencukupi.

4. Merupakan Racun Serangga Yang Selamat Untuk Tanaman

Serangga yang suka merosakkan tanaman kita adalah antara punca utama kita kadang-kadang malas untuk bercucuk tanam.

Dalam kes ini, cuka kayu digunakan untuk mencipta mikrob, iaitu organisma yang memakan perosak.


5. Meningkatkan Kesihatan Daun

Cuka kayu ini mempunyai keupayaan untuk meningkatkan kandungan klorofil dalam daun, yang merupakan salah satu unsur dalam proses fotosintesis.

Cuka kayu juga boleh memberikan daun kelihatan berkilat dan membantu dalam sintesis gula dan asid amino dalam tumbuhan. Jadi, tumbuhan pun boleh menumbuhkan daun baru yang sihat.

6. Menambahbaik Struktur Tanah

Cuka kayu dapat membantu menyuburkan tanah dengan meningkatkan aktiviti mikrob. Ini disebabkan cuka kayu dapat memberikan khasiat pada microbes yang baik.

Cuka kayu juga menambah baik struktur fizikal tanah. Cuka ini digunakan secara meluas pada tumbuhan di beberapa negara, seperti Brazil, yang tidak subur kerana kekurangan nitrogen dan fosforus.

Tambahan pula, cuka kayu boleh membantu dalam pertumbuhan dan pengukuhan akar pokok.

7. Menggalakkan Penghasilan Buah & Sayur Yang Berkualiti

Cuka kayu boleh membantu pengusaha kebun buah-buahan dan sayur-sayuran menghasilkan sayur-sayuran dan buah-buahan berkualiti tinggi.

Bukan itu sahaja, malah hasil tanaman boleh meningkat dua kali ganda jika dibandingkan dengan tanaman yang tidak dirawat dengan cuka kayu.

Cara Penggunaan Cuka Kayu Untuk Tanaman

cara penggunaan cuka kayu

Berikut merupakan cara penggunaan cuka kayu untuk tanaman yang dikongsikan oleh Liyana Mohd Poad di Facebook.
  • Bancuh 2ML +1.5L air biasa.
  • Sembur pada seluruh pokok dan daun atas bawah pucuk semua sekali kecuali tanah.
  • Kalau air semburan menitis ke tanah, tidak mngapa kerana ia tidak memudaratkan.
  • Spray seminggu 2/3 kali pada sebelah petang pukul 6 ke atas. Boleh juga pada waktu pagi.
  • Lepas spray jangan siram pokok dengan air biasa. Biarkan cuka kayu meresap sekurang-kurangnya 7/8 jam. Tengok result selepas beberapa hari.
  • Anak pokok berusia dua minggu ke atas boleh spray tapi jangan banyak. Boleh agak agak.
p/s: Menurut puan Liyana Mohd Poad harga cuka kayu yang dibeli ialah RM18 untuk sebotol seperti dalam gambar. (Anda boleh dapatkan cuka kayu yang murah disini - shopee)

Kesimpulannya, cuka kayu sememangnya mempunyai banyak kegunaan untuk tumbuhan. Walau bagaimanapun, larutan cuka kayu yang terlalu pekat boleh membantut percambahan benih, selain penggunaannya yang berlebihan dalam jangka masa yang panjang berpotensi menambah keasidan tanah.

Oleh itu, perlu diingat bahawa tahap larutan cuka kayu yang sesuai berbeza-beza bergantung pada jenis tumbuhan yang ingin kita tanam.

Diharap artikel mengenai kegunaan cuka kayu untuk tanaman dan cara penggunaan ini memberikan manfaat kepada anda semua. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel