Jenis Jenis Panadol Serta Fungsi Dan Kegunaannya

jenis panadol dan kegunaan

Perlu ke nak makan Panadol? Nak makan sebelum atau selepas vaksin?

CDC (USA) tak recommend ambil painkiller sebelum cucuk vaksin untuk prevent vaccine-related side effects.

Jadi, lebih selamat kalau ambil Panadol selepas cucuk vaksin kalau korang ada demam atau sakit-sakit badan je. Kalau takde, tak perlu makan panadol.

Panadol semakin popular sejak kebelakangan ini. Ini semua kerana mereka yang mengalami simptom demam selepas divaksin diarahkan untuk mengambil panadol.

Malah, keperluan pengambilan panadol sama ada sebelum atau selepas suntikan adalah berbeza mengikut tahap kesihatan individu.

Bukan itu sahaja, malah jenis panadol berbeza mengikut fungsinya.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda perkongsian dari seorang pegawai farmasi di twitter mengenai beberapa jenis-jenis panadol yang dijual di pasaran, dos yang dicadangkan dan fungsinya.

Jenis Panadol Dan Kegunaan

Jom kita lihat senarai jenis panadol serta fungsinya.

1. PANADOL ACTIFAST (PCM 500mg, sodium 173mg)

panadol actifast

Fungsi sodium untuk cepatkan penyerapan PCM dekat usus kecil. So, kita akan dapat effect dengan lebih cepat. 

Sodium tinggi, tak sesuai untuk patient ada darah tinggi. 

Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.

2. PANADOL OPTIZORB (PCM 500mg)

panadol optizorb

Ada calcium carbonate, alginic acic & crospovidone. Ubat akan lebih cepat hancur dalam badan. So, PCM lebih mudah & cepat diserap. Kesan seawal 15 minit. 

Takde sodium, sesuai untuk patient ada darah tinggi.

Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.

3. PANADOL EXTRA (PCM 500mg, caffeine 65mg)

panadol extra

PCM + caffeine untuk kurangkan sakit yang teramat sangat. Headache, migraine, back pain, sakit gigi dsb.

Tak sesuai untuk wanita pregnant & breastfeed sebab ada caffeine.

Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.

4. PANADOL SOLUBLE (PCM 500mg, sodium 427mg)

panadol soluble

Untuk patient yang susah nak telan ubat tablet. Just larutkan ubat dalam 1 gelas air. 

Kandungan sodium tinggi, tak sesuai untuk patient yang ada darah tinggi.

Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.

5. PANADOL MENSTRUAL (PCM 500mg, pamabrom 25mg)

panadol menstrual

Untuk wanita yang ada senggugut masa datang haid. Macam mana?

Pamabrom ada kesan diuresis; dia boleh singkirkan lebihan air yang terkumpul disebabkan perubahan hormon semasa datang haid. 

Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.

6. PANADOL EXTEND (PCM 665mg)

panadol extend

Ada 2 layer untuk panjangkan tempoh penyerapan ubat. Kesan ubat akan lebih lama iaitu sehingga 8 jam. Sesuai untuk pesakit kronik.

Tablet lain PCM 500mg, yang ni 665mg! 

Dos: 2 biji setiap 6-8 jam (3 kali sehari je). Panadol lain 4 kali sehari.

Ingat ya, maksimum dos untuk paracetamol ialah 4000mg atau 4gram sehari. Jangan ambil lebih daripada yang sepatutnya.

SUMBER: Amir Said


Diharap jenis jenis panadol serta fungsi dan kegunaannya ini dapat membantu dan memberikan manfaat kepada anda. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel