Koleksi Resepi Nasi Goreng Mudah Dan Sedap

Mesti ramai yang sedang cari resepi nasi goreng kan? Jadi disini saya kongsikan 10 jenis resepi nasi goreng yang mudah dan sedap.

Klik senarai kandungan di bawah untuk anda dibawa terus kepada resepi nasi goreng yang anda mahu cuba.

Senarai Kandungan [Show]

Koleksi Resepi Nasi Goreng

Resepi Nasi Goreng

Berikut merupakan beberapa koleksi resepi nasi goreng yang anda boleh cuba.

1. Resepi Nasi Goreng Kampung

Resepi Nasi Goreng Kampung

Bahan-bahan:

  • 7 cawan nasi putih (4 orang makan)
  • 10 tangkai cili padi
  • 2 biji telur ayam
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 2 biji bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 cm belacan
  • 4 sudu makan minyak masak
  • Sayur pilihan (kangkung lagi best )
  • 1 cawan ikan bilis (dikopek)
  • 1 mangkuk isi ayam (dipotong kecil)
  • Garam dan gula

Cara Penyediaan:

  1. Ikan bilis digoreng dahulu kemudian asingkan ketepi.
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan. Tumbuk hingga sebati.
  3. Masukkan sedikit minyak kemudian tumis bahan yang ditumbuk tadi. Tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan telur dan ayam yang dipotong kecil, kacau sampai rata.
  5. Masukkan nasi, gaul sampai rata kemudian masukkan garam, gula, dan sos tiram.
  6. Kacau 4-5 minit, kecilkan api kemudian masukkan sayur dan ikan bilis yang digoreng tadi.
  7. Masak sampai betul rata perasanya (*boleh tambah telur mata untuk jadikan lauk tambahan).

2. Resepi Nasi Goreng Ikan Masin

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin

Bahan-bahan:

  • 3 cawan nasi
  • ½ labu bawang putih (diketuk)
  • Ikan tenggiri masin (dipotong kecil)
  • 1 batang kacang panjang (dipotong kecil)
  • Minyak
  • 8 biji cili padi
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Karot (dipotong kecil)
  • 2 helai kailan
  • 2 biji telur
  • Garam

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis ikan masin. Tumis sampai hancur dan nampak agak garing.
  2. Masukkan bawang putih dan cili padi. Tumis sampai naik bau.
  3. Letakkan sos ikan dan sos tiram. Kacau sampai rata.
  4. Masukkan kacang panjang, karot. Goreng sampai karot jadi lembut.
  5. Ketepikan rencah di tepi kuali dan masukkan telur kemudian masukkan nasi. Gaul sampai rata.
  6. Selepas itu, masukkan sedikit garam jika sos tiram rasa tidak masin
  7. Akhir sekali bila dah agak masak, letak daun kailan dan siap untuk dihidangkan.

3. Resepi Nasi Goreng Cina

Resepi Nasi Goreng Cina

Bahan-bahan:

  • Minyak untuk menumis
  • 3 cawan nasi
  • 2 biji telur
  • sayur campur
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • ½ sudu teh serbuk perasa
  • Lada sulah secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk bawang putih dan bawang merah. Kemudian tumis bahan tersebut.
  2. Masukkan sos tiram dan masukkan sayur campur. Kacau sehingga sayur agak lembut.
  3. Letak sedikit garam kemudian masukkan telur dan kacau.
  4. Masukkan nasi kemudian ratakan hingga sebati.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

4. Resepi Nasi Goreng Tomyam

Resepi Nasi Goreng Tomyam

Bahan-bahan:

  • 3 mangkuk nasi
  • 1 kiub perencah tomyam
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Udang (dikopek)
  • Sotong (dipotong bulat)
  • Daun limau purut (2 helai)
  • Serai (1 batang)
  • Cili padi (ikut pedas)
  • Kubis bunga
  • Lobak merah

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang merah, bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan perencah tom yam, daun limau purut, lobak merah, cili padi dan serai. Kacau hingga sebati.
  3. Letak sedikit air kemudian masukkan udang dan sotong. Biarkan sekejap
  4. Masukkan nasi. Gaul sampai rata.
  5. Akhir sekali, masukkan sayur kubis dan kacau sampai semua bahan nampak sebati.

5. Resepi Nasi Goreng Biasa

Resepi Nasi Goreng Biasa

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk nasi (dimasak)
  • 2 helai daun sawi
  • Sedikit kubis (dipotong nipis)
  • 2 biji telur
  • 2 sudu cili kering (dikisar)
  • 1 sudu kicap lemak masin
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit minyak masak

Bahan untuk ditumbuk:

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu besar ikan bilis

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yang ditumbuk dan cili kering yang dikisar. Tumiskan sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Kacau hingga rata
  3. Seterusnya, masukkan sayur kubis dan sawi yang dah dipotong. Kemudian gaul serata sehingga sayur tersebut menjadi agak layu.
  4. Masukkan nasi kemudian gaul serata.
  5. Masukkan sedikit kicap dan gaul sampai rata bersama bahan-bahan diatas.
  6. Ketepikan nasi ditepi kuali kemudian pecahkan telur. Kacau telur hingga hancur
  7. Gaulkan nasi bersama telur yang hancur tadi hingga rata.
  8. Perlahankan api kemudian gaul lagi semua bahan tersebut untuk 4-5 minit.
  9. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

6. Resepi Nasi Ayam Goreng Kunyit

Resepi Nasi Ayam Goreng Kunyit

Bahan Ayam Kunyit:

  • 100 gm isi dada ayam (gaul dengan garam dan kunyit)
  • Sedikit hirisan kacang buncis
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • ½ biji bawang besar (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 ulas bawang merah
  • Sedikit hirisan cili padi
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak

Bahan Nasi:

  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak, goreng isi ayam yang telah dilumur tadi hingga garing. Angkat ketepikan
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang besar, lobak merah dan kacang buncis. Gaul sampai rata.
  4. Masukkan isi ayam yang telah digoreng tadi dan letakkan sedikit sos tiram, perasakan.
  5. Setelah agak masak, angkat dan asingkan.
  6. Untuk masak nasi, panaskan minyak kemudian pecahkan telur dan hancurkan.
  7. Masukkan nasi, letak sedikit sos tiram. Gaul sampai rata
  8. Sedia untuk dihidangkan bersama ayam kunyit.

7. Resepi Nasi Goreng Kerabu

Resepi Nasi Goreng Kerabu

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk besar nasi putih
  • 1 kiub pati ikan bilis maggi
  • 4 batang kacang panjang
  • 1 ikat daun kesum
  • 1/2 kuntum bunga kantan (bersaiz besar)
  • 1 batang kacang botol
  • 1 papan petai (dihiris nipis)

Bahan untuk dikisar:

  • Sedikit ikan bilis
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili padi
  • 3 tangkai ciki merah

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan uang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan kiub pati ikan bilis dan kacau sampai rata.
  3. Masukkan nasi kemudian ratakan bersama bahan rencah tadi.
  4. Masukkan semua ulaman seperti kacang panjang, kacang botol, daun kesum dan bunga kantan. Gaulkan.
  5. Masukkan sedikit garam. Kacau rata dan siap untuk dihidangkan.

8. Resepi Nasi Goreng Belacan

Resepi Nasi Goreng Belacan

Bahan-bahan:

  • 3 cawan nasi
  • 4-5 ulas bawang merah
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 6-7 tangkai cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
  • Sedikit ikan bilis
  • 1 inci belacan keping
  • 1 biji telur
  • Kacang panjang (@sayur lain)
  • Garam (jika perlu)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Serbuk belacan

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, ikan bilis dan belacan keping.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau dan garing.
  3. Pecahkan telur dan kacau.
  4. Masukkan kicap cair dan garam. Kacau rata.
  5. Masukkan nasi dan juga kacang panjang. Kacau rata dan tambahkan serbuk belacan secukup rasa. Goreng sehingga nasi sedikit garing.

9. Resepi Nasi Goreng Paprik

Resepi Nasi Goreng Paprik

Bahan-bahan:

  • 2biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 5 biji cili merah
  • 5 helai daun limau
  • Bunga kobis
  • Kacang panjang
  • Gula dan garam

Cara penyediaan:

  1. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sampai naik bau
  2. Masukkan ayam, sos cili, sos tiram, kicap manis. Kacau sampai sebati
  3. Masukkan sedikit air *jika mahu berkuah
  4. Letakkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan bunga kobis, kacang panjang. Kacau sampai rata
  6. Masukkan 1 sudu besar tepung jagung *jika hendak pekat
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

10. Resepi Nasi Goreng Seafood

Resepi Nasi Goreng Seafood

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk
  • 1 sudu besar cili ciling
  • 2 pek perencah nasi goreng adabi
  • 3 biji cili padi (diketuk)
  • Ketam
  • Udang
  • Sotong
  • Serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Kicap sotong
  • Telur
  • Sawi @sayur pilihan

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih goreng dan cili giling hingga garing dan naik bau
  2. Masukkan perencah nasi goreng adabi dan serbuk pati ayam kemudian kacau.
  3. Masukkan ketam, udang dan sotong. Kacau seketika dan masukkan sedikit garam.
  4. Ketepikan semua bahan tadi kemudian pecahkan telur dan kacau serata.
  5. Masukkan nasi kemudian gaul sampai sebati dan rata.
  6. Masukkan sawi @sayur pilihan, goreng sampai layu.
  7. Kacau lagi untuk beberapa minit kemudian tutup api dan renjis kan dengan kicap Sotong, gaul sebati.
  8. Siap untuk dimakan !

SUMBER: Resepi Sedap
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel