Maksud Dan Contoh Ayat Tunggal

Apa itu Ayat Tunggal?

Ayat Tunggal merupakan ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.

Apa itu Subjek & Predikat?

Subjek bermaksud bahagian ayat yang diterangkan. Subjek boleh terdiri daripada kata berikut:
  • Kata Nama
  • Kata Ganti Nama
  • Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama
  • Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama
Predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek dan frasa yang lazimnya digunakan sebagai predikat adalah:
  • Frasa nama
  • Frasa kerja
  • Frasa adjektif
  • Frasa sendi nama

Melalui gabungan Subjek dan Predikat maka akan terhasil sebuah ayat yang sempurna.

Contoh Ayat Tunggal

Berikut merupakan contoh ayat tunggal yang telah digabungkan Subjek dan Predikat menjadi binaan ayat.
Contoh Ayat Tunggal

Karim ialah seorang guru.

Cerita itu sungguh sedih.

Pemuda itu sangat tampan.

Pak Abu terlupa makan ubat.

Encik Nordin pergi ke hospital.

Johari suka makan durian.

Susila hendak membeli tepung.

Warna KUNING ialah Subjek dan warna Merah ialah Predikat.


Diharap dengan perkongsian mengenai ayat tunggal ini dapat memberikan pengetahuan kepada anda. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel