Maksud Gayu Guru Gerai Nyamai Yang Ramai Tak Tahu

Maksud Gayu Guru Gerai Nyamai

Salam sejahtera semua.

Untuk pengetahuan kita semua, Menurut wikipedia, Hari Gawai Dayak merupakan pesta tahunan yang disambut oleh orang Dayak di Sarawak, Malaysia dan Kalimantan Barat, Indonesia pada 31 Mei dan 1 Jun. Pesta ini merupakan cuti umum di Sarawak dan majlis keagamaan dan sosial yang diiktiraf sejak 1957.

Gawai bermaksud pesta. Jadi, Gawai Dayak merupakan Pesta Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baharu. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial.

Maksud Gayu Guru Gerai Nyamai

Selalunya, apabila tiba perayaan hari gawai, pasti ramai yang mengucapkan "Selamat Ari Gawai, Gayu Gerai Nyamai" untuk seluruh warga Sarawak yang meraikan pesta Gawai.

Adakah anda tahu apa maksud disebalik ucapan tersebut?

Untuk pengetahuan kita semua maksud Gayu Guru Gerai Nyamai ialah "Semoga Panjang Umur Dan Beroleh Kesihatan Yang Baik" dalam bahasa Iban.

Jadi sempena Hari Gawai tahun 2022 ini, saya mengucapkan selamat hari gawai kepada semua suku kaum dayak dan rakyat negeri Sarawak keseluruhannya.

Sekian.

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel