7 Fakta Menarik Mengenai Kucing British Shorthair

fakta kucing british shorthair

Kucing British Shorthair atau kucing berbulu pendek British adalah salah satu baka kucing yang paling terkenal di dunia dengan penampilan yang comel.

Kucing ini, yang umumnya mempunyai bulu berwarna biru kelabu, berasal dari United Kingdom dan selalunya termasuk dalam senarai 10 kucing peliharaan yang paling dimintai para pencinta kucing.

Jika anda berhasrat untuk memiliki kucing British Shorthair, jom kita lihar beberapa perkara menarik mengenai kucing ini.

Fakta Kucing British Shorthair

1. Antara Baka Kucing Tertua

British Shorthair adalah salah satu baka kucing tertua. Pada abad pertama, tentera Rom menyerang England, membawa kucing dari Mesir. Pada akhirnya kucing itu bersilangan dengan kucing liar Eropah, dan hasilnya adalah kucing British Shorthair yang ada sekarang ini.

2. Mempunyai Varian Bulu Panjang (long hair)

British Shorthair juga ada baka yang berbulu panjang dan ia adalah kacukan kucing British Shorthair dan kucing parsi.

3. Mirip Kucing Scottish Fold

Warna tersendiri British Shorthair adalah biru-kelabu, di mana salah satu jenis baka lain yang turut mempunyai bulu yang sama iaitu Scottish Fold.

Kedua-dua jenis kucing ini sangat serupa, tetapi perbezaannya terletak pada telinga. Telinga Scottish Fold berlipat, manakala British shorthair tidak.

4. Mempunyai Jangka Hayat Yang Panjang

british shorthair

British Shorthair adalah salah satu jenis kucing yang boleh hidup sangat lama iaitu 14-20 tahun atau lebih.

5. Memiliki Karakter Yang Tenang

Kucing British Shorthair sangat aktif ketika kecil namun apabila membesar ia mula bertukar sikap dan menjadi lebih tenang dan tidak suka bersosial. Atas sebab itu, pemilik perlu sering mengajaknya bermain agar ia tetap aktif dan sihat.

6. Mudah Alami Obesiti

Seperti yang diketahui, kucing British Shorthair adalah kucing yang tidak aktif. Ini boleh mencetuskan peningkatan berat badan, terutamanya jika jumlah makanan tidak dikawal.

7. Kucing Paling Ideal Untuk Dijadikan Sebagai Kawan

Kucing British Shorthair sangat sesuai sebagai rakan serumah kerana sifatnya yang tenang dan tidak cerewet. Bukan itu sahaja, kerana kucing ini sangat penyayang, mereka boleh bergaul dengan sesiapa sahaja.

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel