Jenis Jenis Vitamin C Dan Kebaikannya

Jenis Vitamin C Dan Kebaikannya

Salah satu vitamin yang sentiasa diketahui selamat untuk dimakan dan mempunyai banyak kegunaan untuk tubuh adalah vitamin C. Vitamin ini mempunyai manfaat yang baik untuk mengekalkan daya tahan tubuh dan kesihatan kulit. Vitamin C juga mudah diperolehi, baik dari pengambilan makanan mahupun suplemen.

Vitamin C sering dirujuk sebagai asid askorbik dan merupakan sejenis vitamin larut air yang tidak dihasilkan oleh badan. Anda boleh mendapatkan sumber vitamin C daripada buah-buahan dan sayur-sayuran segar atau jika perlu daripada suplemen vitamin C. Faedah vitamin ini diperlukan untuk perkembangan dan pemeliharaan fungsi organ tubuh dan mempunyai peranan penting untuk imuniti.

Kebaikan Vitamin C Untuk Tubuh Badan Manusia

  • Menguatkan pertahanan semula jadi manusia 
  • Menurunkan paras kolesterol dalam badan
  • Menurunkan paras urik asid dalam badan (urik asid tinggi boleh menyebabkan gout)
  • Membantu penyerapan zat besi
  • Merangsang sistem immunisasi
  • Membantu untuk mencantikkan kulit

Jenis Jenis Vitamin C Yang Terdapat Di Pasaran

1. Effervescent (Larut Dalam Air)

  • Vitamin C dalam bentuk tablet dilarutkan di dalam air. 
  • Rasa yang sedap (rasa macam air gas)

2. Bebas Gula (Sugar Free)

  • Sesuai untuk penghidap kencing manis

3. Sustained Release (Dilarutkan perlahan-lahan)

  • Hanya perlu dimakan satu dos sahaja
  • Dos lebih rendah daripada biasa

4. Tidak Berasid (Non-Acidic)

  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai gastrik dan pedih ulu hati

5. Hisap/Kunyah

  • Dos lebih rendah untuk kanak-kanak

6. Campuran

  • Vitamin C + gluthathione (membantu untuk mencantikkan dan mencerahkan kulit dan melambatkan proses penuaan)
  • Vitamin C + Zinc (merangsang system imunisasi badan dan mencantikkan kuku, kulit dan rambut)
  • Vitamin C + Calcium ( Vit C membantu meningkatkan penyerapan calcium dalam badan, menguatkan tulang)
  • Vitamin C + Lysine (membantu menaikkan selera makan)

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel