Nombor Perdana 1 Hingga 100

nombor perdana 1 hingga 100

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda semua mengenai nombor perdana seperti maksud no perdana, serta contoh nombor perdana dari 1 hingga 100.

Maksud Nombor Perdana

Nombor perdana adalah nombor bulat yang hanya boleh dibahagi dengan 1 dan nombor itu sendiri

Contohnya, seperti nombor 3. Nombor 3 lebih besar daripada 1 dan hanya boleh dibahagi dengan 1 dan 3. Jadi nombor 3 adalah nombor perdana.

Nombor 4 boleh dibahagi dengan angka 1 dan juga angka 4 itu sendiri tetapi nombor 4 juga boleh dibahagi dengan angka 2. Jadi nombor 4 bukan nombor perdana.

Nombor Perdana 1 Hingga 100

Berikut adalah senarai nombor perdana yang ada di 1 hingga 100.
2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23, 29, 31, 37, 41, 43, 47, 53, 59, 61, 67, 71, 73, 79, 83, 89, 97

nombor perdana

Cara Menentukan Nombor Perdana

Sebagai tambahan, berikut saya kongsikan kepada anda bagaimana untuk menentukan sama ada nombor yang diberi adalah nombor perdana.

12
Jawab:
12 ÷ 1 = 12
12 ÷ 2 = 6
12 ÷ 4 = 3
12 ÷ 6 = 2
12 ÷ 12 = 1
12 boleh dibahagi dengan 1, 2, 4, 6 dan 12 iaitu 5 pembahagi.
Oleh itu, 12 bukan nombor perdana.

11
Jawab:
11 ÷ 1 = 11
11 ÷ 11 = 1
11 hanya boleh dibahagi dengan 1 dan 11 iaitu 2 pembahagi.
Oleh itu, 13 adalah nombor perdana.

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel