4 Jenis Oat Yang Anda Perlu Tahu Kalau Nak Diet

Jenis Oat

Adakah anda tahu apa beza instant oat, quick oat, rolled oat dan steel cut oat?

Anda yang sedang diet atau mahu diet sangat penting untuk mengetahui jenis-jenis oat dan perbezaan setiap oat yang ada.

Berikut, merupakan jenis-jenis oat yang perlu anda tahu jika anda mahu berdiet.

4 Jenis Oat

1. Instant Oat

Instant Oat

Instant oat adalah oat yang paling banyak di proses. Ia sudah dimasak dahulu, kemudian dikering, digelek, dilenyek dan dipotong kepada kepingan-kepingan halus untuk tujuan mudah dimasak. Oat jenis ini rendam air panas terus boleh terus di makan.

2. Quick Oat

Quick Oat

Secara asasnya, quick oat ini adalah instant oat yang dipotong kurang halus berbanding instant oat. Tempoh masaknya juga lebih lama, lebih kurang 2-3 minit.

3. Rolled Oat

Rolled Oat

Rolled oat merupakan oat yang sudah dilenyek, tapi belum dimasak semasa pemprosesannya. Rolled oat lebih tebal daripada quick oat. Cara masak juga perlu lebih lama, lebih kurang 5-7 minit.

4. Steel Cut Oat

Steel Cut Oat

Steel cut oat adalah oat yang paling kurang di proses. Oat ini dipotong kasar dan tidak dilenyek daripada bijirin oat yang di panggil oat groat. Bila dikunyah, rasanya kenyal dan rasa seperti kacang rebus. Cara masaknya agak lama, perlu dimasak 20-30 minit sebelum boleh dimakan.

Baca juga:
 

Oat Yang Sesuai Untuk Diet

Bila diperhatikan betul-betul, cara pemprosesan setiap oat ni cuma melibatkan fizikal sahaja. Tiada tambahan bahan lain. Kandungan nutrisi keempat-empat oat ini juga adalah hampir sama.

Tapi perbezaan paling ketara adalah kadar penyerapannya ke dalam tubuh. Semakin halus oatmeal, semakin cepat diserap ke dalam badan dan semakin cepat ditukar kepada gula.

Ini adalah kerana, semasa diproses, kandungan fiber dan nutrien dalam bijirin oat akan terbuang sekali yang menyebabkan Indeks Glisemik antara oat-oat ini berubah.

Ada yang kata bila kita makan instant oat dan quick oat, penyerapan gula adalah lebih dahsyat daripada minum air coke dan Fanta. Mencanak naik gula dalam darah. Itu yang makan oat, tapi tidak kenyang. Selera makan tidak berkurang, craving dan berat tidak turun-turun.

Oleh yang demikian kalau nak diet dengan makan oat, makanlah rolled oat. Atau boleh cuba steel cut oat. Glisemik indeks rolled oat & steel cut adalah sederhana, iaitu 58 sama kategori dengan brown rice. Manakala glisemik indeks instant oat dan rolled oat adalah 83, hampir sama seperti nasi putih.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel