8 Minyak Wangi Wanita Terbaik Dan Tahan Lama 2022

Minyak Wangi Wanita Terbaik

Bagi wanita, minyak wangi adalah salah satu bahan yang sangat penting untuk membantu menyokong penampilan setiap hari.

Dimana-mana tujuan untuk pergi, kenalah guna minyak wangi supaya lebih menarik dan yakin. Contohnya, pergi kelas, pergi tempat kerja atau mana-mana tempat.

Kalau anda masih keliru untuk memilih minyak wangi pilihan anda, disini saya akan kongsikan cadangan atau minyak wangi khas untuk wanita yang paling terbaik dan tahan lama serta disukai oleh para jejaka.

Jangan risau, perfume tahan lama tak semestinya mahal. Ada juga minyak wangi wanita yang harum serta tahan lama tetapi harganya murah dan mampu dimiliki.

Jom, semak cadangan minyak wangi wanita terbaik dan murah yang tahan lama dan pastinya digemari lelaki.

Senarai Kandungan [Show]

Top 8 Minyak Wangi Wanita Terbaik

Berikut merupakan cadangan minyak wangi wanita paling terbaik di Malaysia.

1. Versace Bright Crystal

Versace Bright Crystal

Pilihan pertama adalah Versace Bright Crystal yang memiliki bauan bunga yang bersih dan sangat segar serta tidak terlalu menyusuk. Pasti anda akan jatuh cinta dengan bau minyak wangi ini.

2. Parfums De marly Delina

Parfums De marly Delina

Minyak wangi ini memiliki bauan bunga dan buah segar yang sangat unik. Minyak wangi ini bersifat tahan lama dan sesuai dipakai bila bila masa dan sesuai digunakan oleh remaja sehinggalah wanita dewasa.

3. Dolce & Gabbana - Light Blue Eau Intense

Dolce & Gabbana - Light Blue Eau Intense

Minyak wangi ini adalah aroma sitrus, buah epal dan beberapa bunga lembut yang sangat menyegarkan. Minyak wangi ini sesuai digunakan untuk cuaca yang panas atau lebih umum untuk kegunaan pada waktu siang.

4. Lancome La Vie Est Belle L'Eclat L'Eau de Toilette

Lancome La Vie Est Belle L'Eclat L'Eau de Toilette

Untuk anda yang suka buah oren dan floral, minyak wangi ini memang pilihan yang terbaik. Ianya memiliki haruman yang sangat manis, segar dan menggoda. Kompom jadi perhatian ramai lelaki.

5. My Burberry Black

My Burberry Black

Memberikan haruman jasmine pada awal semburan kemudian bertukar pelahan-lahan ke mawar dan peach. Diakhiri dengan bauan amber dan nilam. Minyak wangi ini memang pilihan yang sesuai. Sudahlah murah, wangi pula tu.

6. Victorias Secret Bombshell

Victoria Secret Bombshell

Minyak wangi ini ialah wangian terlaris nombor satu di Victoria's Secret. Memberikan haruman aromatik bungaan dan buah. Kompom anda jadi perhatian ramai.

7. Miss Dior Blooming Bouquet

Miss Dior Blooming Bouquet

Merupakan wangian floral dan segar. Minyak wangi ini pun merupakan antara pilihan ramai wanita disebabkan wangiannya yang sangat terbaik.

8. Jo Malone

Jo Malone

Minyak wangi ini diinspirasikan daripada sajak romantis ‘Ode to Autumn’. Sangat segar, tidak terlalu manis dan yang paling penting tahan sepanjang hari.

Diharap perkongsian mengenai 8 minyak wangi wanita terbaik dan tahan lama ini bermanfaat dan membolehkan anda memilih minyak wangi yang sesuai. Sekian.

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel