5 Sunscreen Terbaik Di Watsons Malaysia 2024

Sunscreen Terbaik Di Watson Malaysia

Cahaya matahari boleh memberi kesan berbahaya pada kulit yang tidak dilindungi. Untuk mengelakkan bahaya ini, kita mesti menggunakan pelindung matahari iaitu Sunscreen atau Sunblock.

Sinaran UV yang berlebihan dari matahari boleh membakar kulit kita dan menyebabkan pelbagai masalah kulit. Oleh itu, ramai pakar amat menggalakkan penggunan sunscreen untuk mengelakkan kulit kita daripada masalah kulit.

Jadi bagi kamu yang sedang mencari jenama atau jenis Sunscreen yang terbaik untuk anda gunakan, dalam artikel ini saya akan kongsikan Sunscreen terbaik yang anda boleh dapatkan dimana-mana cawangan Watson di Malaysia.

Sunscreen Terbaik Di Watsons Malaysia

Jom kita lihat senarai Sunscreen yang paling terbaik di Watson Malaysia.

1. BIORE UV Perfect Protect Milk Moisture

BIORE UV Perfect Protect Milk Moisture

Boleh dikatakan ini adalah Sunscreen yang paling popular. Sunscreen ini melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB yang berbahaya.

Untuk pengetahuan kita semua, UVA meresap jauh ke dalam kulit dan mempercepatkan proses penuaan, manakala UVB menyebabkan selaran matahari.

Sunscreen ini memang terbaik sebab mengandungi Rice Germ Extract yang menjadikan kulit lebih lembut, dan Vitamin E untuk melindungi dan membaiki kulit. Ia juga selesa digunakan kerana ia tidak melekit atau berminyak tidak seperti produk lain.

2. YADAH Oh My Sun Slush SPF50+ PA++

YADAH Oh My Sun Slush SPF50+ PA++

Sunscreen terbaik Di Watson Malaysia yang seterusnya ialah YADAH Oh My Sun Slush SPF50+ PA++. Kelebihan sunscreen daripada korea in ialah tidak membuatkan warna kulit kita jadi warna kelabu, sangat sesuai digunakan untuk yang tidak mahu bersolek dan formula sunscreen ini amat ringan dan membuatkan kulit kita jadi lembut.

3. Wardah UV Shield Essential Fresh Active Protection Serum Sunscreen Gel SPF30 SPF50 PA+++

Wardah UV Shield Essential Fresh Active Protection Serum Sunscreen Gel SPF30 SPF50 PA+++

Wardah Sunscreen juga merupakan salah satu produk yang digunakan secara meluas kerana mengandungi SPF 30 yang berkesan untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari.

4. Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF50 Sunscreen

Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF50 Sunscreen

Biore UV Aqua Rich mendapat permintaan yang tinggi kerana teksturnya sedikit cair yang sebenarnya boleh diserap ke dalam kulit apabila digunakan.

Dengan tekstur sebegitu, pelindung matahari ini sangat sesuai untuk jenis kulit yang berjerawat dan berminyak kerana bahan-bahannya tidak akan menyumbat pori-pori.

5. Sunplay UV Whitening Moisture Gel SPF50 PA++

Sunplay UV Whitening Moisture Gel SPF50 PA++

Bukan sahaja memiliki SPF50 tetapi sunscreen ini mengandungi Asid Hyaluronik dan Kolagen untuk mengekalkan kulit lembut dan lembap dan banyak lagi kandungan yang bagus untuk kulit kita.

Diharap perkongsian mengenai 5 Sunscreen terbaik di Watsons Malaysia ini bermanfaat dan membolehkan anda memilih sunscreen dengan betul. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel