Harga Lesen Memandu Terkini 2022 Kereta & Motorsikal

harga lesen memandu terkini

Seiring kadar kenaikan kos, harga lesen memandu pada 2022 mungkin berlaku sedikit perubahan daripada tahun-tahun sebelumnya.

Lesen motosikal B2 atau superbike BFull dengan enjin 500cc boleh diambil untuk mereka yang telah mencapai umur 16 tahun atau telah melepasi umur tersebut berdasarkan tarikh lahir mereka.

Orang mesti berumur sekurang-kurangnya 17 tahun (atau lebih tua bergantung pada tarikh lahir mereka) untuk mendapatkan lesen memandu untuk kereta dengan transmisi automatik atau manual.

Orang yang ingin memohon lesen E (bas/lori) mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun (atau lebih tua bergantung pada tarikh lahir pemohon).

Harga Lesen Memandu Terkini

Untuk pengetahuan anda, kos untuk mendapatkan lesen motosikal atau kereta berbeza-beza bergantung kepada institusi pusat pemanduan yang anda daftarkan.

Oleh itu, harga lesen memandu 2022 akan berbeza-beza iaitu sesetengah pusat atau institusi memandu mungkin menawarkan harga yang lebih murah atau lebih rendah daripada pusat atau institusi memandu lain.

Kerajaan Malaysia telah membantu menetapkan julat harga untuk mendapatkan lesen memandu bagi mengelakkan manipulasi dan kekeliruan.

Berikut adalah kadar julat harga lesen memandu terkini:
  • Lesen Motosikal B2 (tidak lebih 250 cc) - RM350 hingga RM450
  • Lesen Motorsikal B FULL (lebih 500 cc) - RM900 hingga RM1100
  • Lesen Kereta Manual D - RM1150 hingga RM1300
  • Lesen Kereta Automatik DA - RM1250 hingga RM1500
julat harga lesen memandu

Sesetengah pusat latihan mungkin agak mahal kerana mereka mengenakan bayaran tambahan untuk perkara seperti sewa kereta dan pengangkutan, tetapi harga yang dikenakan mestilah berpatutan.

Sebagai pelanggan, anda harus bijak memilih dengan membuat perbandingan harga lesen memandu untuk tahun 2022 dengan pusat memandu lain.


Diharap perkongsian mengenai harga lesen memandu terkini untuk kereta dan motorsikal ini bermanfaat untuk anda semua. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel