Koleksi Pantun Terima Kasih

pantun terima kasih

Anda boleh memberikan pantun terima kasih untuk semua kebaikan yang orang lain berikan kepada anda. Berterima kasih adalah salah satu bentuk penghargaan atas usaha seseorang yang telah membantu anda.

Sememangnya banyak kebaikan yang orang lain berikan kepada kita. Segala kebaikan orang lain patut dihargai, sekurang-kurangnya dengan ucapan terima kasih.

Pantun Terima Kasih

Berikut saya kongsikan beberapa contoh pantun ucapan terima kasih.

Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di gerai siti;
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.

Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan;
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.

Terima kasih kami ucapkan,
Kerana kalian selalu membantu;
Jasa dan bakti jadi taruhan,
Akan dikenang setiap waktu.

Merah menyala si buah ceri,
Sungguh cantik berseri-seri;
Terima kasih ucapan diberi,
Kerana sudi datang ke mari.

Pohon sirih pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Menjadi kenangan sepanjang zaman.

Terima kasih daun keladi,
Kerana sudi menolong kami;
Kalau ada kesulitan kami,
Diharap sudi bantulah lagi.

Berkejar-kejaran ombak dilaut,
Menyentuh pantai berpasirbersih;
Budi tuan disebut-sebut,
Kerja selesai dan terima kasih.

Burung helang terbangnya tinggi,
Hinggap sebentar di pohon jati;
Terima kasih saudara dan saudari,
Memberi tumpuan sepenuh hati.

Licin badan si ikan keli,
Tinggalnya di dalam perigi;
Saya hamba lemah sekali,
Terima kasih bentuan diberi.

Semoga koleksi atau contoh pantun terima kasih ini bermanfaat untuk anda. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel