Kadar Harga Mas Kahwin Ikut Negeri di Malaysia 2024

Berapa kadar harga mas kahwin di setiap negeri untuk tahun 2024?

Kos perkahwinan bukanlah perkara remeh terutama bagi pasangan yang merancang untuk mendirikan rumahtangga. Terdapat banyak kos dan perbelanjaan yang perlu diambil kira, seperti kos kenduri, mas kahwin, dan nilai wang hantaran, dan lain-lain.

Sememangnya ramai bakal-bakal pengantin masih terpinga-pinga tentang mas kahwin dan duit hantaran sama ada ianya wajib atau sekadar adat dalam perkahwinan orang Melayu.

Wang hantaran tidak wajib, tetapi mahar/mas kahwin itu dalam hukum islam WAJIB bagi isteri daripada suami. Nilai pemberian suami kepada bakal isteri berbeza mengikut negeri.

Kadar Harga Mas Kahwin Ikut Negeri

Kadar Harga Mas Kahwin Ikut Negeri

Untuk rujukan dan panduan anda, berikut adalah kadar mas kahwin terkini yang ditetapkan oleh setiap negeri.

Negeri

Bujang/Anak Dara

Janda/Ibu Tunggal

Kedah

Tidak Ditentukan

Tidak Ditentukan

Kelantan

Tidak Ditentukan

Tidak Ditentukan

Labuan

RM80

RM80

Melaka

RM100

RM100

Negeri Sembilan

RM200

RM100

Pahang

RM22.50

RM22.50

Perak

RM101

RM101

Perlis

Tidak Ditentukan

Tidak Ditentukan

Pulau Pinang

RM24

RM24

Sabah

RM100

RM80

Sarawak

RM120

RM120

Selangor

RM300

RM300

Terengganu

Tidak Ditentukan

Tidak Ditentukan

WP Kuala Lumpur

RM80

RM40

*Kadar boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut arahan Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

Diharap perkongsian mengenai kadar harga mas kahwin setiap negeri ini bermanfaat untuk anda semua. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel