Kepentingan Sunscreen Untuk Kulit

Sebagai pengetahuan kita semua, aspek penjagaan kulit yang paling penting ialah penggunaan pelindung matahari atau sunscreen. Ini bermakna, walaupun kita guna pelbagai produk penjagaan kulit tetapi tidak menggunakan sunscreen, ianya tetap kurang dalam penjagaan kulit.

Sunscreen ini bukan sahaja untuk tujuan kosmetik tetapi lebih dari itu. Memandangkan negara kita mempunyai iklim musim panas, perlindungan kulit daripada sinaran matahari yang terik adalah penting. Ramai orang tidak ambil tahu kepentingan sunscreen ini walaupun penggunaannya yang amat penting. Ramai lagi orang mungkin tidak menyedari atau tidak faham tentang bahaya kulit terdedah kepada matahari yang terik.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda semua beberapa kepentingan sunscreen untuk kulit kita.

4 Kepentingan Sunscreen

Kepentingan Sunscreen

1. Mengelakkan Keradangan Kulit

Apabila kita mendedahkan kulit kita kepada sinaran UV, ia boleh menyebabkan kemerahan dan keradangan, yang boleh memedihkan. Jika seseorang mempunyai masalah kulit seperti ekzema atau osteoporosis, keradangan akan menjadi lebih teruk. Menggunakan sunscreen pada kulit boleh menjadikannya sebagai penghalang yang melindungi daripada sinaran berbahaya matahari.

Anda memerlukan sunscreen dengan bahan lembut seperti zink oksida atau titanium dioksida jika anda mempunyai kulit yang sensitif dan mudah merengsa. Selain itu, jauhi sunscreen dalam bentuk semburan yang mengandungi bahan keras seperti alkohol, yang boleh mengeringkan kulit anda.

2. Mengurangkan Risiko Kanser Kulit

Pencegahan kanser kulit adalah fungsi penting sunscreen yang seterusnya. Tahukah anda kulit yang kerap terdedah kepada cahaya matahari boleh menghidapi kanser kulit? Salah satu kaedah awal yang berkesan untuk mencegah kanser kulit yang ramai orang tidak sedar ialah memakai sunscreen setiap hari, walaupun ketika di luar tidak terlalu panas.

Dengan menggunakan sunscreen setiap hari yang mempunyai SPF sekurang-kurangnya 30, anda boleh membantu mencegah kanser kulit. Untuk perlindungan terbaik, sapukan sunscreen pada muka anda setiap dua jam jika anda kerap menghabiskan masa di luar di mana kulit akan terdedah kepada matahari.

3. Mengelakkan Tona Kulit Tidak Sekata

Satu lagi kepentingan sunscreen ialah ia membantu mengelakkan tona kulit tidak sekata. Semakin meningkat usia, tona kulit yang tidak sekata akan menjadi lebih ketara. Anda mungkin tidak perasan kesannya sekarang, tetapi ia akan menjadi jelas apabila usia meningkat. ‘Sun spots’ atau ‘liver spots’, yang biasanya berwarna gelap, akan muncul pada kulit. Kesan ini boleh berlaku pada lelaki dan wanita. Sunscreen diperlukan untuk mengelakkan kesan ini daripada berlaku.

4. Melakkan Sunburn Atau Selaran Matahari

Pakar dermatologi sentiasa menekankan betapa pentingnya sunscreen dan pencegahan kulit daripada sunburn. Jika anda menghabiskan banyak masa di luar tanpa memakai sunscreen, anda berisiko mengalami sunburn. Risiko anda mendapat kanser kulit meningkat jika kulit anda kerap mengalami selaran matahari atau sunburn. Ini kerana sunburn boleh membahayakan lapisan pelindung kulit, yang boleh mengakibatkan kanser, kedutan awal dan pelbagai masalah kulit yang lain.


Kesimpulannya, penjagaan kulit tanpa sunscreen adalah sia-sia. Sunscreen mesti digunakan oleh lelaki dan wanita. Selain untuk mendapatkan wajah yang cantik, ini dilakukan untuk menjaga kesihatan kulit kita. Jadi, pastikan anda kerap menggunakan sunscreen.

Akhir sekali, diharap perkongsian mengenai kepentingan sunscreen ini bermanfaat untuk anda semua. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel