Manfaat Buah Manggis Untuk Kulit & Kesihatan

manfaat buah manggis

Buah manggis sememangnya digemari kerana rasa dan bau yang kompleks, tambahan pula buah manggis juga memberikan manfaat kesihatan yang menakjubkan dan melindungi kulit. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda semua mengenai manfaat buah manggis untuk kesihatan dan juga kulit.

Tahukah anda bahawa manggis sama sekali tidak berkaitan dengan mangga, walaupun bunyinya hampir sama dalam bahasa inggeris. Manggis, yang berukuran kira-kira sebiji epal kecil, mempunyai buah yang manis, diliputi kulit ungu, dan putih di dalamnya.

Manggis mendapat reputasinya sebagai "The Queen Of Fruits" selepas ditemui di Asia Tenggara oleh penjajah Eropah pada abad ke-19.

Manfaat Buah Manggis Untuk Kesihatan

Buah manggis sememangnya tinggi dengan kepekatan antioksidannya. Bukan sahaja sahaja jus manggis yang popular, malahan manfaat kesihatan dari buahnya. Buah ini mengandungi sejenis antioksidan yang unik, yang terutama terdapat pada kulitnya. Antioksidan ini dikategorikan sebagai xanthone yang kaya dan aktif secara biologi.

Menurut kajian dari University of Illinois, xanthones adalah tumpuan untuk rawatan dan pencegahan kanser. Xanthones juga melindungi daripada serangan jantung dan meningkatkan sistem imun. Selain nilai antioksidannya, profil pemakanan manggis juga memberikan manfaat kesihatan tambahan dengan membantu mengawal paras gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman.

Manfaat Buah Manggis Untuk Kulit

Manggis telah lama digunakan untuk merawat pelbagai masalah kulit, termasuk ekzema. Dengan sifat anti-radang dan antioksidannya, xanthone yang penting memberikankan kulit perlindungan. Ianya melindungi kulit daripada bahaya alam sekitar dengan menghilangkan radikal bebas, dan sifat anti-radangnya melindungi sel-sel kulit daripada kemusnahan dan membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan yang boleh dilihat. Buah ini juga menggalakkan peredaran mikro, yang meningkatkan penampilan kecergasan dan keserian kulit.

manfaat buah manggis untuk kulit

Kesimpulannya, buah manggis sememangnya dapat memberikan manfaat kepada kesihatan kita iaitu, untuk rawatan dan pencegahan kanser, melindungi daripada serangan jantung dan meningkatkan sistem imun, serta membantu mengawal paras gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman. Buah manggis bermanfaat untuk kulit iaitu, meningkatkan penampilan keserian pada kulit, menghalang kerosakan pada kulit yang disebabkan oleh alam sekitar, dan melindungi sel-sel kulit daripada kemusnahan dan membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan yang boleh dilihat.

Diharap perkongsian mengenai manfaat buah manggis untuk kesihatan dan kulit ini dapat memberikan pengetahuan baharu kepada anda semua. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel