Maksud Gaji Bersih, Gaji Kasar & Gaji Pokok Serta Perbezaannya

Apabila bercakap tentang perancangan kewangan, "gaji bersih" adalah benda penting untuk diberikan perhatian.

Kita akan membuat pelan kewangan bulanan berdasarkan jumlah gaji bersih ini, termasuk jumlah perbelanjaan dan simpanan.

Selain daripada gaji bersih, kita juga sering mendengar istilah seperti "gaji kasar" dan "gaji pokok." Jadi, apakah perbezaan antara ketiga-tiga istilah ini? Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda maksud gaji bersih, gaji kasar dan gaji pokok serta perbezaannya.

Maksud Gaji Bersih

Secara ringkasnya, ia merujuk kepada jumlah wang yang anda terima ke dalam akaun bank anda sebagai bayaran untuk kerja yang anda lakukan.

Ini juga merupakan jumlah yang telah ditolak, caruman KWSP, SOCO/Perkeso, dan apa-apa amaun lain yang dikenakan oleh firma atau majikan.

Tambahan pula, gaji bersih juga termasuk sebarang elaun tambahan seperti elaun pengangkutan, elaun kerja lebih masa, elaun kedatangan, dan sebagainya.

Maksud Gaji Kasar

Gaji kasar ialah gaji asas yang termasuk semua elaun tambahan, tetapi belum ditolak sebarang potongan atau caruman.

Lazimnya, iklan tawaran kerja akan memasukkan jumlah gaji kasar kerana ia kelihatan lebih tinggi daripada gaji bersih.

Maksud Gaji Pokok

Gaji pokok juga bermaksud gaji asas atau gaji basic. Gaji pokok bermaksud jumlah gaji bulanan yang anda terima tanpa mencampurkan sebarang elaun dan potongan.


Beza Gaji Bersih, Gaji Kasar dan Gaji Pokok

beza gaji bersih, gaji kasar & gaji pokok

Untuk membantu anda memahami perbezaan antara ketiga-tiga konsep ini, lihat formula mudah di bawah ini:
  1. Gaji pokok: Gaji asas sahaja
  2. Gaji kasar: Gaji asas + elaun (jika ada)
  3. Gaji bersih: Gaji asas + elaun (jika ada) - potongan
Semua ini biasanya ditunjukkan dengan jelas pada penyata gaji anda.

Diharap perkongsian mengenai maksud gaji bersih, gaji kasar dan gaji pokok serta perbezaannya dapat memberikan manfaat kepada anda. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel