Cara Dapatkan Bank Statement Maybank

Cara mendapatkan penyata Maybank sebenarnya agak mudah, dan memandangkan Maybank2U tersedia, anda tidak perlu melawat bank. Namun, mungkin ramai lagi yang tidak tahu perkara ini.

Penyata bank, yang berfungsi sebagai dokumen bukti aliran kewangan yang penting, boleh digunakan untuk pelbagai tujuan formal, seperti permohonan pinjaman, pengesahan pendapatan (untuk individu yang bekerja sendiri), dan banyak perkara lain, seperti meminta bantuan kerajaan.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda, cara untuk dapatkan statement Maybank dengan mudah.

Senarai Kandungan [Show]

Apa Itu Penyata Kewangan?

cara dapatkan penyata maybank

Penyata kewangan ialah dokumen yang memperincikan urus niaga kewangan akaun anda, termasuk jumlah urus niaga debit dan kredit serta tarikh.

Untuk transaksi rasmi yang melibatkan pembelian yang banyak, seperti pembelian rumah atau kereta, penyata akaun biasanya diperlukan kerana bank yang membiayai pinjaman ingin memastikan perkara berikut:
  1. Pengurusan kewangan anda
  2. Aliran keluar masuk duit anda
  3. Duit tunai yang anda miliki dalam akaun
Penyata kewangan ini juga akan memudahkan bank yang memberi pinjaman untuk pembelian rumah dan kereta, contohnya, untuk menentukan sama ada anda layak atau tidak untuk pinjaman.

Cara Dapatkan Penyata Maybank

Berikut merupakan cara paling mudah yang anda boleh lakukan untuk dapatkan statement Maybank anda.
  1. Login ke Maybank2u anda menggunakan laman web (Bukan Apps).
  2. Seterusnya, anda akan masuk ke Dashboard Maybank2u.
  3. Klik pada button seperti yang saya highlight warna kuning dibawah ini.
    cara dapatkan statement maybank

  4. Setelah itu, klik pada View Statements.
  5. Penyata Maybank anda akan dipaparkan. Anda boleh tetapkan tarikh untuk account statement tersebut.
  6. Klik pada button "Dowload" atau "Muat Turun" untuk memuat turun penyata Maybank.
  7. Jika penyata kewangan ini perlu dihantar secara fizikal, maka anda boleh print sahaja penyata kewangan ini.
  8. Selesai.

Itulah cara mudah untuk dapatkan penyata Maybank secara online. Namun jika anda tidak dapat mendapatkan penyata akaun di laman web Maybank2u, anda boleh mendapatkannya dengan mengunjungi kaunter di cawangan Maybank terdekat anda. Jangan lupa untuk bawa kad ATM atau debit Maybank anda dan kad pengenalan untuk pengesahan. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel