Tema Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2022 Serta Logo

tema hari kebangsaan & hari malaysia 2022 serta logo

Selaras dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia, tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 dipilih sebagai 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama.' Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, memperkenalkannya.

Logo tahun ini adalah berdasarkan konsep jalur liputan Internet, yang mewakili kemajuan infrastruktur, sistem komunikasi dan pendigitalan untuk manfaat rakyat. Ia juga melambangkan kebersamaan, komited untuk terus maju ke hadapan serta keberadaan teknologi terkini yang menjadi penghubung kehidupan ekonomi rakyat.

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022

tema hari kebangsaan dan hari malaysia 2022

Selaras dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia, tema Hari Kebangsaan ke-65 dan Hari Malaysia ke-58 dipilih sebagai 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama'.

  • #KELUARGAMALAYSIA - adalah merujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran
  • TEGUH - bermaksud kukuh, kuat dan erat
  • BERSAMA - membawa maksud bersama-sama beserta atau bergandingan
  • TEGUH BERSAMA - mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif serta mampan.

Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022

logo hari kebangsaan dan hari malaysia 2022

Sementara itu, logo menggunakan Jalur liputan internet yang melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi dan pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk rakyat.

Berikut merupakan maksud disebalik logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022:
  • LOGO BERKONSEPKAN JALUR LIPUTAN INTERNET - Melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.
  • TIGA JALUR BIRU, MERAH DAN KUNING - Merupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni.
  • TITIK MERAH - Melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan.
  • KEDUDUKAN YANG BERSELANG-SELI - Melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, serta Logo, boleh dimuat turun di laman web rasmi merdeka360.my.

Lirik Lagu Tema Hari Kebangsaan 2022 (Keluarga Malaysia Teguh Bersama)

Berikut merupakan lirik lagu "Keluarga Malaysia Teguh Bersama" yang merupakan lagu tema hari kebangsaan 2022.
Setiap jiwa pasti bangga
Atas nama bangsa Malaysia
Sekian lama merdeka
Tertumpahnya cinta

Usia kita makin dewasa
Berkali-kali kita diuji
Kasihnya bangsa dibela
Maruah dijaga

Ooooo Laungan kita
Malaysiaku..tanah airku
Negaraku.. Malaysiaku..
Lihatlah kita..wahai bangsaku

Semaikan cinta gerak hati pasti murni
Nyala semangat dipalu
Kita bagaikan aur dengan tebing
Keluarga Malaysia teguh bersama

Diharap perkongsian mengenai tema dan logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 ini bermanfaat untuk anda semua. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel