11 Khasiat Asam Jawa Untuk Kesihatan

khasiat asam jawa

Asam jawa atau Tamarind merupakan sejenis buah yang mempunyai rasa masam. Buah ini biasa digunakan sebagai campuran rempah masakan. Selain itu, asam jawa juga sering digunakan sebagai campuran dalam perubatan herba tradisional.

Bukan sahaja boleh digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan, asam jawa juga diketahui mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Buah unik ini mengandungi vitamin C, vitamin B, vitamin A, hingga vitamin K.

Selain itu, ia juga mempunyai kalori dan mineral penting seperti kalium, fosforus, natrium, zat besi, dan lain-lain. Atas sebab ini, asam jawa boleh digunakan sebagai agen antioksidan dan anti-radang.

Berikut saya kongsikan senarai khasiat buah asam jawa untuk kesihatan.

Khasiat Asam Jawa untuk Kesihatan

1. Merawat Selsema dan Batuk

Asam jawa mengandungi vitamin C yang cukup tinggi, oleh itu, asam jawa amat berguna untuk mengekalkan sistem imun supaya tidak mudah diserang penyakit seperti merawat selsema dan batuk.

Cara pengambilannya juga mudah, cuma ambil asam jawa secukupnya kemudian bancuh dengan air suam. Anda boleh mengambilnya apabila anda selsema atau batuk.


2. Mengawal Diabetes

Asam jawa mengandungi enzim alpha-amilase yang boleh membantu mengurangkan paras glukosa darah dan boleh membantu menstabilkannya. Khasiat asam jawa diperoleh daripada ekstrak biji.

3. Kaya Dengan Antioksidan

Antioksidan berfungsi melindungi tubuh daripada pelbagai penyakit dan boleh menurunkan paras kolesterol.

Selain itu, kandungan antioksidan juga baik untuk kesihatan kulit kerana ia dapat melindungi daripada pendedahan matahari yang boleh menyebabkan kulit anda menjadi lebih gelap dan kusam.

4. Menyihatkan Saluran Pencernaan

Sekiranya anda mengalami masalah saluran penghadaman, anda boleh mencuba memakan asam jawa dengan memprosesnya menjadi minuman.

Apabila anda sukar membuang air besar, minum asam jawa boleh membuatkan pembuangan air besar anda lebih lancar.

5. Baik untuk Ibu Hamil

Sesetengah wanita hamil pasti mengalami morning sickness iaitu keadaan di mana seorang wanita mengalami loya dan muntah pada waktu pagi ketika dia hamil.

Asam jawa mempunyai khasiat untuk melawan loya dan muntah pada waktu pagi bagi ibu hamil. Selain itu, ia juga boleh membantu melegakan sembelit semasa hamil.

Namun begitu, masih digalakkan untuk berunding dengan pakar obstetrik anda terlebih dahulu bagi mengelakkan risiko yang boleh berlaku.

6. Mencegah Kanser

Asam jawa juga berguna untuk mencegah kanser. Faedah ini diperoleh kerana bahan antioksida yang tinggi dalam asam jawa yang boleh membantu mengurangkan keterukan kegagalan buah pinggang akut dan kanser buah pinggang.


7. Menurunkan Berat Badan

Jika anda mempunyai masalah berat badan, anda boleh mula mencuba memakan asam jawa kerana buah ini termasuk dalam kategori buah yang boleh mengurangkan risiko berat badan.

Asam jawa mengandungi asid hidroksi atau HCA yang boleh menghalang penyimpanan lemak dalam badan. Asam jawa boleh menyekat selera makan kerana terdapat peningkatan tahap serotonin.

8. Mencegah Jerawat

Buah asam jawa ini berkhasiat untuk mengawal dan menghentikan ketidakseimbangan metabolik yang menyebabkan kerosakan pada kulit, termasuk jerawat.

Selain itu, asam jawa juga mengandungi sebatian lupeol yang boleh berfungsi sebagai antibakteria, antivirus dan antikulat.

9. Menjadi Anti-penuaan

Dengan hanya mengamalkan pengambilan asam jawa secara bersungguh-sungguh boleh menjadi alternatif untuk kekal sihat dan awet muda kerana kandungan antioksidan yang tinggi di dalamnya.

Anda juga boleh menggunakan krim atau serum yang diperbuat daripada ekstrak asam jawa untuk memastikan kulit wajah anda sentiasa awet muda.

10. Menjaga Kesihatan Otak

Vitamin B dalam asam jawa memainkan peranan penting dalam fungsi otak, termasuk sintesis dan pembaikan DNA/RNA, pengawalan gen, dan sintesis pelbagai molekul isyarat.

Jadi, sangat digalakkan mengambil asam jawa kerana ia mempunyai khasiat yang baik untuk menyihatkan otak.

11. Menyembuhkan Luka

Dalam asam jawa, bukan sahaja isinya mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Daun dan biji asam jawa juga boleh berfungsi untuk menyembuhkan luka.

Ini kerana asam jawa mempunyai sifat antibakteria dan antiseptik yang boleh membantu menyembuhkan luka dengan berkesan.


Akhir sekali, selain digunakan dalam perencah masakan, asam jawa atau Tamarind juga sememangnya memiliki pelbagai khasiat untuk kesihatan kita. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel