9 Mercu Tanda Kebanggaan Malaysia

mercu tanda kebangaan malaysia

Mercu tanda di negara kita Malaysia yang menjadi lambang kebanggaan. Ianya menjadi tanda negara kita yang mempunyai identiti yang unik disebabkan rakyatnya yang berbilang kaum.

Berikut saya kongsikan kepada anda semua, 9 mercu tanda kebanggaan negara kita Malaysia yang boleh membuatkan kita semakin bangga sebagai rakyat Malaysia.

Mercu Tanda Kebanggaan Malaysia

1. Tugu Negara

tugu negara

Tugu Peringatan Negara atau Tugu Negara dibina pada tahun 1963 dan siap sepenuhnya pada Februari 1986. Dibina sebagai satu penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948- 1960).

Tujuh patung gangsa melambangkan pemimpin, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian dan pengorbanan dalam menghadapi musuh. Mempunyai ketinggian 15 meter diperbuat daripada gangsa dan direka oleh Felix Weldon, seorang pengukir daripada Austria.

Tugu Negara juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia. Tugu negara ini rosak sebahagiannya apabila diletupkan oleh pengganas komunis pada 6 Ogos 1975. Namun telah dibina semula dan siap pada tahun 1986.

2. Menara Berkembar Petronas KLCC

menara klcc

Menara kembar Petronas setinggi 45.9 meter (88 tingkat) yang siap dibina pada Disember 1996 telah mencatatkan sebagai bangunan berkembar paling tinggi di negara kita dan juga tertinggi di dunia pada masa ini. Menara ini direka oleh jurubina César Pelli dari Argentina.

Tapak asal menara ini pada masa dahulunya adalah Padang Lumba Kuda. Tapak binaannya adalah seluas 341,783 meter persegi. Terdapat sebuah jejantas sepanjang 58.4 meter yang menghubungkan kedua-dua bangunan ini di aras 41 dan 42.

Di bawah menara berkembar ini ialah pusat beli-belah Suria KLCC, Taman KLCC dan Dewan Filharmonik Petronas. Manakala di menara satu diduduki sepenuhnya oleh Petronas dan sebilangan anak -anak syarikatnya.

3. Bangunan Parlimen Malaysia

bangunan parlimen malaysia

Bangunan Parlimen dibuka secara Idea pembinaan bangunan ini rasminya pada bulan November dicetuskan oleh YTM Tunku 1963. Pada tahun ini bangunan ini Abdul Rahman Putra Al-Haj telah berusia 58 tahun.

Telah dirasmikan oleh Yang di- Ia direka oleh Ivor Shipley, Pertuan Agong Tuanku Syed Putra seorang arkitek British yang Al-Haj Ibni Ai-Marhum Syed Hassan pada masa itu berkhidmat Jamalullail pada 21 November 1963 dengan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Kos keseluruhan pembinaan Bangunan ini digunakan bangunan ini sebanyak rm18 juta untuk ahli-ahli parlimen bersidang.

4. Masjid Negara

masjid negara malaysia

Masjid Negara ialah masjid utama di Malaysia, terletak di Kuala Lumpur. Masjid ini dibina pada tahun 1963 dan dirasmikan pada 27 Ogos 1965. Masjid ini merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan merupakan simbol bagi Malaysia yang baru dibentuk ketika itu.

Masjid ini juga boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah. Keluasan kawasan masjid negara ialah seluas 13 ekar.

5. Bangunan Sultan Abdul Samad

bangunan sultan abdul samad

Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di hadapan Dataran Merdeka adalah mercu tanda bagi bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894.

Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah kepada era masyarakat yang merdeka.

Bangunan ini pernah dijadikan Mahkamah Agung di bawah Kementerian Kehakiman sebelum dipindahkan ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.

6. Menara Kuala Lumpur

menara kuala lumpur

Sebuah menara telekomunikasi Menara tunggal ketujuh yang tertinggi didunia. Berfungsi sebagai balai cerap bagi meninjau anak bulan untuk menentukan bulan-bulan qamari terutama bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah. Mempunyai restoran berputar yang menyediakan ruang makan dengan pemandangan kota raya Kuala Lumpur Menara ini dibina bersebelahan sebatang Pokok Jelutong berusia lebih 100 tahun.

7. Putrajaya

putrajaya

Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999 dan ibu negara pentadbiran Malaysia.

Putrajaya adalah sebuah bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.

Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi setanding dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.

Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

8. Menara Condong

menara condong

Kedudukan menara condong terletak di tengah bandar Teluk Intan, Perak. Menara jam ini dibina oleh seorang kontraktor yang bernama Leong Chonn Chong pada tahun 1885 dengan tujuan asal untuk meyimpan air. Apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali sebagai Menara Condong.

Bangunan ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 4.6 meter. Bentuknya seperti sebuah pagoda. Dari luar seolah-olah nampak 8 tingkat tetapi sebenarnya hanya terdapat 3 tingkat sahaja. Tingkat atas sekali terletak tangki air.

Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi dan sehinnga kini jam itu masih berfungsi. Kerana keunikannya, Menara Condong ini juga di kenali sebagai Menara Condong kedua di dunia selepasa Menara Pissa di Itali.

9. Jambatan Pulau Pinang

jambatan pulau pinang

Sebuah jambatan sepanjang 13.5 km ini menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Pinang. Jambatan mula dibina pada tahun 1982 dan siap pada tahun 1987 dengan kos RM850 juta.

Pembinaan dilakukan oleh Lembaga Lebuh Raya Malaysia. Rentang utamanya sepanjang 225 meter dibina menggunakan kaedah cable stayed girder. Jambatan ini dibina dengan empat lorong dan dilebarkan kepada enam lorong di bahagian rentang utamanya. Jambatan ini mempunyai dua persimpangan bertingkat dan sebuah tol plaza. Jambatan ini boleh menampung 100000 kenderaan sehari.


Akhir sekali, itu lah beberapa buah mercu tanda kebanggaan Malaysia untuk pengetahuan kita semua. Diharap perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel