Cara Check Speed Test TM Internet Unifi Online

Jika anda tidak tahu cara untuk check speed internet Unifi, maka disini saya akan kongsikan kepada anda langkah yang paling mudah untuk membuat ujian kelajuan internet Unifi TM anda.

Mudah sahaja caranya dan anda boleh menggunakan peranti sama ada komputer atau pun telefon bimbit untuk membuat ujian kelajuan internet anda secara percuma.

Senarai Kandungan [Show]

Cara Speed Test Unifi

Berikut merupakan cara yang anda boleh lakukan untuk buat speed test.

check speed test unifi

  1. Buka speedtest.tm.com.my
  2. Klik butang GO
  3. Ujian kelajuan Download akan berjalan
  4. Selesai ujian Download, tunggu ujian Upload
  5. Anda akan melihat keputusan PING, JITTER, DOWNLOAD dan UPLOAD

Maksud PING

Ping atau latency adalah tempoh masa yang diambil untuk peranti anda berhubung dengan cell tower yang paling berdekatan. Jadi, ini bermakna lagi sedikit masa yang diambil ianya lebih bagus. Ping dikira menggunakan ukuran milisaat (ms), jadi semakin rendah nilai ping, semakin cepat data dapat dihantar.

Maksud JITTER

Secara teknikalnya, Jitter merupakan variasi terhadap kelewatan paket dan atency isyarat yang dipindahkan dari satu peranti kepada peranti yang lain. Jitter boleh memberi impak negatif terhadap pengalaman pengguna jika ia terlalu tinggi.

Jitter yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan paket sedangkan untuk mengekalkan kehilangan paket yang rendah adalah penting untuk beberapa jenis perkhidmatan internet seperti untuk panggilan suara ataupun permainan online.

Maksud DOWNLOAD

Manakala, kelajuan download pula ialah tempoh masa untuk menarik data dari server kepada pengguna. Kebanyakan sambungan direka untuk download lebih laju dari upload kerana kebiasannya aktiviti online adalah seperti memuat laman web dan video streaming.

Maksud UPLOAD

Kelajuan upload pula bermaksud kepantasan menghantar data kepada pihak lain, Upload perlu untuk menghantar fail besar seperti menerusi e-mel.


Akhir sekali, itulah salah satu cara yang anda boleh lakukan untuk uji kelajuan internet Unifi TM anda. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel