Maksud Perkataan Clingy in Malay

maksud clingy

Pasti ada yang tertanya-tanya apakah maksud "clingy" yang selalu kita nampak bila scroll-scroll di media sosial seperti TikTok, Twitter, Facebook dan media sosial yang lain.

Yalah, ada sahaja perkataan-perkataan baru bebudak sekarang guna yang kurang difahami sehingga terpaksa mencari maksud perkataan tersebut di Google.

Jadi dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan kepada anda apa sebenarnya maksud disebalik perkataan clingy itu.

Maksud Clingy

Menurut dictionary.com, clingy ialah seseorang yang terlalu rapat secara emosi dan bergantung kepada orang lain. Dia juga sentiasa mahu orang itu melindungi dirinya secara lebih.

Tahap kedekatan yang dimaksudkan di sini adalah sangat melekat atau sentiasa ingin bersama pada bila-bila masa dan di mana sahaja dan sudah tentu sentiasa bergantung pada orang lain.

Padahal dia boleh buat sendiri, tapi sebab sangat bergantung pada orang lain, dia sentiasa nak dibantu buat kerja oleh orang lain.

Tindakan seperti menelefon pasangan berkali-kali dalam sehari, spam chat sepanjang hari, resah apabila tidak mendapat balasan, stalk semua media sosial pasangan, boleh dikategorikan sebagai melekat.

Secara mudahnya, orang yang bersifat clingy ni, asyik nak bermanja, selalu nak berkepit atau selalu nak perhatian daripada pasangan.

Menurut laman verywellmind.com, sebenarnya sifat clingy ini timbul akibat kurang keyakinan diri dan keresahan yang terlalu serius pada pasangan. Dalam erti kata lain, sifat clingy ini timbul kerana sifat tidak yakin seseorang itu terhadap pasangan.

Beza Clingy vs Manja vs Gedik 

Clingy - Sentiasa nak berkepit 24jam, nak pasangan sentiasa depan mata.

Manja - Mengada hanya untuk pasangan sahaja.

Gedik - Manja tak bertempat. Yang ini sebab nak show off depan orang ramai saja. Bila berdua biasa-biasa. Tetapi bila depan member, tiba-tiba gedik nak panggil "b, sayang" kuat-kuat. 


Diharap dengan artikel mengenai maksud clingy ini dapat memberikan pengetahuan baru kepada anda. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel