Koleksi Pantun dan Ucapan Selamat Berpuasa Ramadhan

Setiap kali bulan Ramadhan tiba setiap tahun, pasti orang mencari-cari ucapan Ramadhan seperti ini untuk dikirimkan kepada orang terdekat seperti kawan-kawan dan keluarga.

Apalagi menghantar chat melalui aplikasi WhatsApp kini sudah menjadi biasa. Ini digunakan sebagai lambang simbolik untuk mengingatkan orang yang dikasihi bahawa kita sentiasa mengingati satu sama lain walaupun berjauhan.

ucapan selamat berpuasa

Jadi untuk anda yang sedang mencari contoh ucapan selamat berpuasa, berikut saya kongsikan kepada anda beberapa ucapan selamat berpuasa yang anda boleh gunakan.

Ucapan Selamat Berpuasa Ramadhan

ucapan selamat berpuasa ramadhan

Setitis embun di pagi hari,
Jatuh di atas bunga melati,
Inilah waktunya untuk perbaiki diri,
Di bulan Ramadan yang suci ini,
Selamat menjalani ibadah puasa.
Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia KERUH
Jika hati seputih awan, jangan biarkan ia MENDUNG
Jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan IMAN.
Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.
Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi. 
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa. 
Hidup ini terasa indah jika ada maaf. 
Mohon maaf zahir dan batin. 
Marhaban ya Ramadan. 
Selamat menunaikan ibadah puasa.
SEIRING TERBENAM MENTARI DI AKHIR SYA’BAN,
TIBALAH KINI BULAN RAMADAN,
PESAN INI SEBAGAI GANTI JABAT TANGAN UNTUK
MOHON MAAF DAN KEKHILAFAN.
MARHABAN YA RAMADAN.
Setitik tinta jadi noda,
Setitik salah jadi dosa,
Bulan penuh berkat segera tiba,
Mari tekun ibadah di bulan puasa,
Marhaban ya Ramadan,
Sambutlah dengan senyuman.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.
Biarkan Ramadhan menjadi bulan
yang menyembuhkanmu, Ikhlaslah
dengan yang sudah terjadi, hadapi
apa yang akan terjadi.
Manis-manis sibuah kurma,
Sangat enak buat berbuka,
Bulan Ramadhan segera tiba,
Sayang, maafkan salah saya ya..
Marhaban yaa Ramadhan,
pucuk selasih bertunas menjulang dahannya patah tolong betulkan,
puasa Ramadhan kembali menjelang,
salah dan khilaf mohon dimaafkan.
Selamat Menunaikan Ibadah puasa.
 
ucapan ramadhan 2023

Di awali dengan Bismillah, menyambut bulan penuh berkah.
Mari tingkatkan keimanan dan takwa.
Semoga diampunkan segala dosa.
Marhaban ya Ramadhan.
Selamat menunaikan ibadah puasa.
Tiada bulan seagung ini.
Tiada bulan semulia ini.
Tiada bulan seberkah ini.
Ramadhan penuh berkah dan maghfirah.
Marhaban ya Ramadhan.
Mohon maaf zahir dan batin.
Selamat menunaikan ibadah puasa.
Kalau siang ada matahari,
Kalau malam ada bintang dan bulan,
Mari kita mensucikan hati,
Untuk menyambut Bulan Suci Ramadhan.
Sungguh cantik kain pelikat, 
dipakai orang pulang ke pekan.
Ramadan yang suci sudahlah dekat, 
Salah dan silap harap dimaafkan.
Sebelum cahaya ilahi dipadamkan, 
Sebelum langit runtuh, 
Sebelum pintu taubat ditutup, 
Sebelum malaikat menjemput, 
Sebelum Ramadhan tiba, 
Mohon maaf zahir batin atas kesalahan yang pernah dilakukan. 
Marhaban ya ramadhan.
Selamat menunaikan ibadah puasa.
Bulan Ramadan telah tiba,
Ampun dan maaf pada semua,
Atas segala salah silap dan kata-kata,
Moga ibadah puasa kita akan diberkati oleh-Nya.
Bila ada langkah membekas lara,
Bila ada kata merangkai dusta,
Bila ada tingkah menoreh luka,
Ku mohon maaf zahir dan batin,
Selamat Melaksanakan Ibadah Puasa pada bulan Ramadan.
Tiada kemenangan tanpa zikrullah,
Tiada amal tanpa keikhlasan,
Tiada keampunan tanpa kemaafan,
Selamat menyambut bulan Ramadan. 


Akhir sekali, semoga perkongsian kad ucapan bergambar dengan kata-kata ayat khas untuk Selamat Berpuasa Ramadhan ini dapat membantu anda untuk dikongsikan kepada sahabat, keluarga, saudara mara dan sebagainya. Semoga bermanfaat.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel