Cara Daftar Maybank2u Online Banking 2024

Kalau anda belum ada akaun Maybank2u, memang kena buat lah sebab banyak benda atau urusan yang boleh dipermudahkan kalau kita ada akaun Maybank2u ini.

Dengan menggunakan Maybank2u, pengguna boleh buat pelbagai transaksi perbankan secara online, seperti bayar bil, transfer duit, dan boleh juga shopping online.

Maybank2u juga menyediakan akses kepada pelbagai perkhidmatan perbankan yang memudahkan pengguna untuk menguruskan akaun tanpa perlu ke cawangan bank.

cara daftar maybank2u

Jadi, kalau anda mahu daftar Maybank2u, jangan risau kerana proses pendaftaran sangat mudah dan tidak guna masa yang lama. Dalam artikel ini, saya akan kongsi langkah-langkah mudah yang perlu anda ikuti untuk daftar akaun Maybank2u.

Senarai Kandungan [Show]

Syarat Buat Akaun Maybank2u

Berikut adalah syarat yang perlu untuk membuat akaun Maybank2u secara online.
  • Anda perlu mempunyai akaun Simpanan Maybank
  • Anda perlu mempunyai kad ATM/Debit Maybank
  • Anda perlu mempunyai nombor telefon yang telah didaftarkan di Maybank untuk TAC.

Cara Daftar Nombor Telefon TAC Maybank2u

Untuk memulakan, sila ke mesin ATM Maybank terdekat. Setelah memasukkan kad ATM Maybank dan menaip nombor PIN, ikuti arahan berikut:
  1. Pilih opsyen bahasa Malaysia.
  2. Pilih menu Maybank2u/Phone Banking/ATM Sms Alerts.
  3. Pilih menu Kemaskini Tel. Bimbit M2u TAC.
  4. Masukkan nombor telefon anda dan pastikan ia betul. Kemudian, pilih 'YA'.
  5. Siap.

Cara Buat Akaun Maybank2u

Seterusnya, anda boleh mengaktifkan akaun Maybank2u. Langkah-langkah untuk mendaftar akaun Maybank2u adalah seperti berikut:
  1. Buka laman web https://www.maybank2u.com.my
  2. Pada sudut kanan atas, klik pautan "Register Now".
    register maybank2u

  3. Masukkan nombor kad ATM/Debit anda yang mempunyai 16 digit.
  4. Masukkan nombor PIN kad ATM/Debit anda yang mempunyai 6 digit, kemudian klik butang "Next".
    cara buat maybank2u

  5. Pada halaman seterusnya, anda perlu memasukkan nama pengguna (username) anda.
  6. Masukkan kata laluan (password) yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 8 aksara. Gunakan gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol untuk keselamatan yang lebih baik.
  7. Masukkan semula kata laluan yang sama.
  8. Masukkan alamat e-mel anda.
  9. Sila klik Request For TAC. Sebuah nombor TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda. Sila masukkan kod enam digit itu ke dalam ruangan TAC.
  10. Klik butang "Next".
  11. Pada halaman seterusnya, anda perlu memilih gambar keselamatan.
  12. Kemudian, masukkan frasa keselamatan (security phrase) yang anda inginkan, sebagai contoh "Palingtampan".
  13. Kemudian untuk Memorable Question, Jawab 3 soalan keselamatan.
  14. Seterusnya, klik butang "Done" untuk menyelesaikan proses pendaftaran akaun Maybank2u anda.


Cara Login Maybank2u

Setelah anda berjaya daftar dan mengaktifkan perkhidmatan Maybank2u, cubalah untuk login untuk memastikan anda sudah boleh mengakses sistem Maybank2u.

Langkah-langkah untuk log masuk ke akaun Maybank2u ialah:
  1. Buka laman web https://www.maybank2u.com.my
  2. Masukkan username (ID Pengguna) anda
  3. Pada halaman seterusnya, pastikan gambar dan phrase yang dipaparkan adalah betul seperti yang anda pilih semasa mendaftar akaun Maybank2u.
  4. Masukkan kata laluan
  5. Tahniah! Anda telah berjaya log masuk ke akaun Maybank2u.

Customer Care Hotline Maybank

Sekiranya anda mengalami sebarang masalah semasa mendaftar akaun, sila hubungi perkhidmatan pelanggan Maybank seperti berikut:
  • 1-300 88 6688 (Malaysia)
  • +603-7844 3696 (Overseas)
  • Email: mgcc@maybank.com.my

Kesimpulannya, mendaftar Maybank2u adalah mudah dan cepat. Langkah-langkah di atas memberikan panduan mudah untuk membantu anda mendaftar akaun Maybank2u.

Dengan menggunakan Maybank2u, anda boleh melakukan transaksi perbankan secara atas talian dengan mudah dan selamat dari mana-mana sahaja.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel