Buat Duit Jawab Survey Online dan Bukti Pembayaran

Sekarang ini, banyak peluang untuk kita buat duit sampingan dengan cara yang lebih mudah dan fleksibel. Salah satu cara yang semakin popular ialah menjawab tinjauan atau survey dalam talian.

Buat duit dengan menjawab survey ini mudah sahaja sebab kita hanya perlu jawab soalan-soalan yang diberikan dan sebagai ganjaran kita akan diberikan ganjaran dalam bentuk duit.

Kelebihan buat duit dengan jawab survey atau kaji selidik secara online ini ialah kita boleh jawab tinjauan pada bila-bila masa yang sesuai dengan diri kita. Kalau tidak sibuk atau ada masa lapang, tinggal buka telepon atau laptop dan boleh mula.

Jawab Survey Dapat Duit di ySense

buat duit dengan jawab survey online

Disini, saya mahu kongsikan pengalaman saya sendiri buat duit dengan menjawab tinjauan iaitu menggunakan platform ySense.

Apa itu ySense?

ySense ialah platform penyediaan kaji selidik dalam talian yang membayar, di mana untuk menghasilkan pendapatan dalam talian daripadanya, anda perlu menjawab pelbagai jenis kaji selidik yang diberikan.

Platform ini telah beroperasi sejak tahun 2007 dan memberikan faedah kepada pengguna internet dalam menjana wang tambahan dengan mudah.

Kebanyakan kaji selidik dalam ySense memberi ganjaran di antara USD 0.50 hingga USD 5 berdasarkan jenis kaji selidik yang diambil.

Bukti Pembayaran ySense

Sebelum itu, ini merupakan bukti pembayaran daripada ySense yang saya terima ke akaun PayPal saya. ySense bayar menggunakan USD dan kalau nak tukar USD ke Ringgit, darab 4 sahaja (1USD=RM4). Tidaklah begitu banyak tapi syukurlah ada juga pendapatan tambahan. Mungkin kalau lebih rajin lagi, kompom boleh dapat lebih.

buat duit ysense

Bagaimana Nak Buat Duit Di ySense?

Jadi langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah buat akaun di ySense. Anda buat disini - DAFTAR YSENSE.

daftar ysense

Setelah anda selesai membuat pendaftaran, buka email dan tekan link pengesahan pendaftaran yang dihantar oleh ySense ke akaun email anda.

Seterusnya anda login ke akaun ySense.

jawab survey ysense

Kalau sudah login, klik pada bahagian Paid Surveys. Disinilah tempat perjuangan bermula untuk dapat duit.

kaji selidik

Seterusnya anda akan dialihkan ke halaman yang serupa dengan yang ditunjukkan dalam imej di atas. Ini akan menjadi sumber pendapatan anda di ySense. Pilih sahaja mana-mana survey yang mahu dijawab dan mulakan.

Jadi, secara purata, nilai satu tinjauan adalah di antara $0.50 - $5.00 USD atau setara dalam Ringgit Malaysia, iaitu lebih kurang (RM2.00-RM20.00). Survey yang bayar mahal biasanya akan mengambil masa yang lebih lama untuk diselesaikan.

Kalau sudah kumpul sekurang-kurangnya $10.00 USD, anda sudah boleh buat pengeluaran.

Akhir kata, kalau ada usaha pasti ada hasilnya. Semoga murah rezeki semua. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel